LIM KIT SIANG MENANGIS KERANA TERTIPU, BAKAL DITINGGALKAN ANWAR |
KEMELUT wakil-wakil rakyat Melayu dalam
Pakatan Rakyat Selangor memberikan ruang kepada Azmin Ali dan pasukannya
untuk bekerjasama dengan UMNO dan PAS.
Kegagalan Rundingan antara Wakil Rakyat
Melayu dalam PKR, PAS dan UMNO disebabkan oleh kelemahan Azmin Ali
sendiri kerana gagal memberi kata putus isu siapa Menteri Besar paling
layak menggantikan Khalid Ibrahim.
Sudah semestinya calon MB dalam
rundingan ini ialah dari PAS, di mana Azmin Ali terpaksa berfikir dua
kali. Pertama jika calon MB itu dari PAS, bermakna dia turut tidak juga
memperolehi jawatan MB itu. Kemenangan dalam Rundingan Sulit itu ialah
Azmin Ali hanya berjaya menjatuhkan Khalid Ibrahim.
UMNO Selangor yang memiliki 12 kerusi
dan Melayu PKRvpula memiliki 10 kerusi (tolak Khalid Ibrahim, Melayu PKR
berbaki 9). Maknanya, jalan yang tepat ialah PAS harus menjadi MB
Selangor. Dalam rundingan tersebut, Azmin Ali dikatakan bersetuju dengan
beberapa syarat tambahan.
Kedudukan Azmin Ali dalam rundingan itu
adalah jelas di mana Azmin Ali tetap tidak berjaya memperolehi kerusi MB
yang menjadi idamannya.
Namun, amat menarik di mana Azmin masih
boleh bertolak ansur di mana kedudukannya masih boleh dipertimbangkan
oleh pasukan perunding UMNO dengan menawarkan tempat di peringkat pusat
pula. Kedudukan Menteri Kabinet adalah kuasa pregrerotif Perdana
Menteri. Sama ada hal ini sudah disampaikan kepada Perdana Menteri kita
tidak pasti, yang pasti pasukan perunding ini punya jawapannya.
ANWAR IBRAHIM
Namun begitu, kumpulan perunding ini membuat satu kesilapan besar apabila membelakangkan Anwar Ibrahim. Mereka under estimated Anwar Ibrahim walhal dalam kumpulan perunding PKR itu terdapat wakil rakyat yang sudah dibayar oleh Anwar Ibrahim.
Maka, Anwar Ibrahim lebih ke depan, di
mana Anwar Ibrahim membuat tawaran yang lebih besar untuk meninggalkan
DAP, dan menentukan masa depan yang lebih terjamin untuk anaknya Nurul
Izzah. Siapa orang tengah Anwar Ibrahim? Itu tidak perlu pembaca
mengetahuinya.
Anwar sudah
tahu masa depannya untuk menjadi PM sudah berlalu, tetapi legasi Anwar
kepada Nurul Izzah perlu dimantapkan. Anwar sanggup berkorban
meninggalkan DAP, jika tawaran untuk Nurul Izzah menarik. Jika tawaran
kepada Nurul Izzah berjaya, maknanya banyak perkara mengenai dirinya
juga akan selesai. Barulah Anwar boleh mengumumkan persaraan dengan
gembira dan mengajar di University di Washington.
Saya tidak hendak berterus-terang dalam warkah ini.
Mulanya, saya hendak tulis lebih jelas akan hal Nurul Izzah, Husam dan Anwar Ibrahim ini, namun saya berfikir jika saya dedahkan semua, saya telah melanggari perjanjian lisan saya. Perlukah saya berterus-terang dalam hal ini!
Anda boleh juga baca hal ini dengan tulisan ini juga http://www.anwaraidc.com/?p=36184 (A Kadir Jassin Dedah Wujud Rundingan Rahsia UMNO-PAS).
*Artikel adalah kiriman emel eksklusif.
Sumber asal dari MyMassa
yang dikatakan TIDUR SEBANTAL MIMPI LAIN2 adalah TEPAT sekali.sebelum PRU13 ketiga2 parti PR ni bersatu.apabila kalah dalam PRU13 mereka mula nak lari kerana nak selamat diri dan parti masing2.
BalasPadam