Pages

Isnin, 10 Jun 2013

PANASS!! Terlampau Rasis Terlampau Lampau, Facebook akan diharamkan?



Apakah rakyat Malaysia bersedia jika Facebook diharamkan?

Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah mengenal pasti identiti dua individu yang didakwa menghina Nabi Muhammad S.A.W melalui laman sosial Facebook dan menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kementerian itu memandang serius kes penyalahgunaan Internet di negara ini, terutama membabitkan penyebaran fitnah dan hasutan yang boleh menimbulkan keresahan dan kemarahan rakyat.

"Saya ingin mengingatkan setiap pengguna Internet di negara ini bahawa mereka tidak akan terlepas dari undang-undang, walaupun perlakuan atau penyataan mereka di laman media sosial seperti Facebook, Twitter dan blog itu adalah atas dasar peribadi kerana ianya boleh mencetus provokasi di negara ini," katanya kepada pemberita, di sini, Ahad.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan jamuan rakyat di Felda Neram Satu, juga berkata kecanggihan teknologi membolehkan individu terbabit dikesan pihak berkuasa seperti kes-kes sebelum ini termasuk yang menghina Yang di-Pertuan Agong.

Jumaat lalu, dua akaun Facebook menggunakan nama 'Calvin Gani' dan 'Rakyat Anarki' mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini apabila memaparkan kenyataan menghina nabi.

Ditanya kemungkinan Malaysia menyekat akses media sosial seperti Facebook, Ahmad Shabery berkata, langkah itu tidak perlu buat masa ini kerana medium berkenaan juga mempunyai kebaikan yang dapat dimanfaatkan banyak pihak.

"Kita tidak akan mengharamkannya hanya kerana tindakan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab...cuma rakyat perlu tahu pihak berkuasa tidak akan berdiam diri jika mereka menyalahgunakan penggunaan laman media sosial.

"Tetapi saya tidak menolak kemungkinan itu andainya terdapat penggunaan secara negatif yang keterlaluan hingga mendatangkan rasa resah, gelisah dan kemarahan di kalangan rakyat.....mungkin ketika itu kerajaan perlu menerima pandangan dan desakan dari pelbagai pihak untuk melakukannya," katanya.

Antara negara yang mengharamkan akses Facebook ialah China, Vietnam, Syria, Iran, Pakistan, Korea Utara dan Uzbekistan.


McTheory:
Diharamkan itu lebih baik atau lebih buruk?

6 ulasan:

  1. haramkan aje...byk sgt yg salah guna....dah ade tknologi tp tak reti...ini kot agaknya yg nabi kata fitnah tersusun....sorang buat yg lain pcaya...



    BalasPadam
  2. Haramkan. Bukan bawak pekdah pun....ini berlawan-lawan tunjuk hebat masing-masing, beritahu orang n tayang gambar2: melencong ke luar negara lah, makan restoran mahal/hotel 10 bintang, beli beg tangan berjenama selori dan macam-macam lagi one-upmanship/keeping up with the jonesses bagai. Lepas tu bagi tahu semua pasal ostat tu ostat ni, kata-kata mutiara ntah ya ntah tidak, tunjuk alim quote ayat quran/hadis ntah betol ntah tidak!

    BalasPadam
  3. haramkan aje....wa sokong...

    tak de pekdah langsung....bdak2 habiskan masa 2-3 jam sari browse fb....

    lepas tu red bean army tunggu kat fb utk doktrin dan spin...

    mana tak anak ustaz pon sesatt...

    masalahnya kjjan melayu ni gentlemean sangattt.... kununnn pendukung demokrasi..

    Negara yg berbilion umatnya mcm china pon haramkan... dan sekecil mcm spork pon haramkan...

    tp kjaan melayu bleh berlagakkk... nak tikam yehhh.....haaaa tikam la tikammm.... aku pahlawan melayu terbilang pandai silat... boleh elakk..

    kene tikam dgn cina sekali....teruss terdudukk....

    boddo....

    kalau aku jadi kjaan dah lama aku haramkan... mmg tak dek pekdah langsung... dan tempat red bean sebar doktrin ....

    tak dek sapa bleh survive...lebih2 lg anak muda...


    BalasPadam
  4. Facebook juga jadi sarana data mining dan surveillance oleh NSA seperti didedahkan whistleblower baru-baru ni.

    BalasPadam
  5. aku juga sokong facebook diharamkan di malaysia.. facebook juga merupakan satu mesin penjana dosa automatik tanpa disedari oleh pemilik akaun.

    BalasPadam
  6. habisss laaa...
    punah ranah racangan aku nak cari kenalan/scandle baru.. !!

    jangan la tutup... plssss !!!!

    BalasPadam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!