Pages

Selasa, 18 Jun 2013

TUDIAA!! Disebabkan Pas, KUIN Kini Nazak!!



Kerajaan Kedah terpaksa menanggung perbelanjaan dan membayar gaji kakitangan Insaniah Holdings Sdn Bhd, walaupun anak syarikat Kolej Universiti Insaniah (Kuin) itu sepatutnya menjana pendapatan sendiri.

Tak pernah dengar KUIN untung selepas Pas menawan Kedah. Malah semakin hari, semakin banyak pula masalah yang dihadapi!

Menyatakan demikian, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Negeri Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata kerajaan negeri terpaksa menanggung kos berkenaan buat sementara waktu sehingga satu keputusan mengenai status Insaniah Holding dibuat dalam tempoh terdekat.

"Masalah gaji kakitangan Kuin yang sebelum ini selalu lewat dah selesai. Cuma ada sikit lagi melibatkan gaji staf.

 "Sepatutnya syarikat Sdn Bhd ni meniaga, takkan kita nak bayar sebab staf tidak terikat dengan pengambilan kerajaan," katanya lagi.

Beliau mengulas perkembangan terkini Kuin ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Yayasan Pelajaran Mara dan Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara.

 Tajul Urus berkata, bagi belanja mengurus serta membayar gaji dan elaun lebih 100 kakitangan Insaniah Holdings sahaja, kerajaan negeri terpaksa mengeluarkan kos lebih RM0.5 juta setiap bulan.

 "Insaniah Holdings sepatutnya bukan di bawah tanggungan kerajaan negeri kerana ia adalah cabang perniagaan Kuin, tapi kita faham masalah kakitangan Insaniah Holdings ni.

 "Pihak saya kini sedang menyusun untuk mengadakan mesyuarat Lembaga Pengarah Kuin dalam masa terdekat untuk bincangkan masalah ini, sama ada nak teruskan Insaniah Holdings ini atau ubah suai, ambil alih atau tutup terus," katanya.

Sementara itu, mengenai dakwaan kononnya kerajaan negeri ingin menswastakan Kuin, beliau berkata tidak pernah ada sebarang keputusan mengenai tindakan berkenaan.

 Beliau berkata, kerajaan negeri kini memberikan sepenuh perhatian untuk menyelesaikan masalah dan kelemahan Kuin supaya kolej universiti itu dapat bergerak lancar dan menjadi sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka khususnya di negeri ini.

2 ulasan:

  1. Tu pun puak2 lebai PAS yg gigi kuning tu duk kata PAS hebat lg buat kampus KUIn Kuala ketil. Depa kata itu pelaburan baik.. hahaha

    buat hutang yg tk masuk akal lepas tu pengurusan sumber tunggang langgang, gaji pun xboleh bayar, bodoh punya REJIM PAS!

    BalasPadam
  2. slm mohon dipautkan blog Tasek Gelugor Portal... Blog tuan telah pun dipautkan...

    BalasPadam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!