Pages
▼
Khamis, 11 Julai 2013
INFO! Rokok Elektronik (VAPE) Lebih Teruk Dari Rokok Biasa? #VAPEon
Terdapat ura-ura untuk mengharamkan penggunaan vaporiser atau e-cig. Kementerian Kesihatan melalui jawatankuasa teknikal sedang mengumpulkan data (klik di sini) dan kemudian akan membuat keputusan samada mengharamkan vaporiser atau tidak.
Seperti diketahui ramai, vaporiser tidak dicukai oleh kerajaan dan tentunya penggunaan alat itu tidak mendatangkan keuntungan kepada negara berbanding rokok.
Apapun, perhatikan catatan dipaparkan di kotak rokok di bawah.
Amat pelik, rokok mengandungi LEBIH 4,000 bahan DISAHKAN berbahaya kepada kesihatan tetapi tidak pula diharamkan penjualannya.
Justeru jika kajian jawatankuasa terbabit mendapati sisha dan vaporiser memudaratkan kesihatan, terlebih dahulu haramkan penjualan rokok di Malaysia secara total. Biar paru-paru setiap perokok tidak terus dicemari dan mereka di sekeliling menjadi secondary smokers selama ini berasa lebih lega. Pada masa sama, tiada puntung rokok bersepah dan baju juga tidak berlubang akibat terbakar.
Pihak berkuasa harus memastikan pelbagai jenama rokok diseludup dari negara jiran seperti Filipina dan Indonesia tidak terus dilambakkan di Malaysia. Jika inginkan BUKTI, saya tidak keberatan merakamkan gambar penjual dan rokok terbabit. Saya percaya, ramai pembaca blog ini sudi menghulurkan kerjasama.
Betul kata Mazidul Akmal, kalau nak haram, baik haramkan rokok biasa dulu dari haramkan vape ni. Vape ni lebih banyak kebaikan dari keburukan. Kalau rasa kerajaan nak kawal, baik kawal awal-awal sebelum apa-apa terjadi.
Mungkin ada bahaya dari segi campuran cecair dan nakotin dalam minyaknya tu. Itu boleh dikawal kalau ada keluaran khas atau lesen. Kaji dulu, jangan haramkan terus. Kalau terus haramkan rasa macam tak prihatin pada keperluan rakyat pula.
Bukan sikit rakyat Malaysia yang dok hisap Vape ni. Nasihat Mc, turun ke bawah, buat survey dulu, then baru decide nak haram atau nak buat apa-apa.
P/s: Kalau betul baik, nak haram buat apa? betul?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.
Harap Maaf dan Harap Maklum!