Beliau berkata sistem meritokrasi yang diamalkan sekarang lebih memberi peluang kepada mereka yang bernasib baik untuk menjadi lebih kaya manakala yang kurang bernasib baik tidak boleh memperbaiki diri atau kekal miskin.
"Saya kurang percaya kepada meritokrasi iaitu semua peluang mestilah diberi kepada orang yang terkenal kerana kecekapan mereka saja. Kalau kita amalkan meritokrasi, maka orang yang tidak mendapat merit yang sama, mereka tidak akan dapat peluang sama sekali.
"Kita akan lihat yang kaya menjadi lebih kaya dan yang miskin akan jadi lebih miskin. Saya berpendapat yang kurang merit juga perlu diberi peluang," katanya kepada pemberita semalam.
Mengambil contoh pemberian biasiswa kepada pelajar, Dr Mahathir berkata bagi keluarga yang berkemampuan, mereka berpeluang mencatat keputusan cemerlang kerana berupaya membayar yuran tuisyen dan sebagainya namun bagi yang kurang berkemampuan adalah sebaliknya.
Akhirnya, keputusan yang dicapai kurang baik sedangkan kegagalan itu adalah disebabkan oleh keadaan mereka yang daif, katanya. Selain itu, beliau berkata pemberian permit import (AP) kepada golongan tertentu berdasarkan merit juga perlu diteliti supaya golongan tertentu tidak menyalahgunakan peluang yang diberi kepada mereka.
"Kalau bagi peluang kepada yang tidak minat langsung, jadi peluang itu akan disalah guna, sebaliknya orang yang berkebolehan...kalau kita bagi peluang, dia lebih maju. Apa salahnya bagi supaya orang lain pun dapat peluang," katanya.
ni kena tanya punahsihat.. idea dr punahsihat yg mengayakan kroni dan beri cina dap kaut hasil.. idea ong yg tak tau data mana dia ambik.. ada aje data yg buat mata najib kagum..
BalasPadamcina tak peduli melayu.. cina tak undi BN Umno tapi ong bagi byk hasil kat cina dgn guna istilah merit.. putar belit tapi yg kagum si najib.. air spritzer mesra kat petronas guna merit apa tu???? ooo merit cina pintar putar belit..