Pages

Selasa, 9 Julai 2013

PANASS!! Dap dah Berani Sentuh Bab Islam, Pas Baru Nak Mengelupoq Ka? #TolakPR


Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz menempelak Pengerusi DAP, Karpal Singh kerana disifatkan membuat kenyataan berbaur ugutan terhadap parti itu berhubung hasrat meminda Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, masyarakat bukan Islam perlu menghormati kedudukan Islam dalam Perlembagaan yang meletakkan hak orang Islam sebagai kepentingan teratas dan membenarkan mereka melaksana setiap tuntutan agama.

Tambah beliau, dalam isu menentukan agama kanak-kanak di bawah umur 18 tahun ke bawah, ibu atau bapa yang telah memeluk Islam berhak membawa bersama anaknya memeluk Islam.

Sehubungan itu, katanya, Perlembagaan atau undang-undang yang mahu digubal perlu selari dengan hukum Islam tersebut.

"Mengikut hukum Islam apabila ibu atau bapa masuk Islam, maka anaknya di bawah umur berhak beragama Islam kerana anak itu berhak mengenali agama.

"Semua umat Islam mesti berusaha mendapatkan hak agama anak kerana itu hak mereka dengan Allah,"

Kemarin , Karpal dilihat seperti mengugut  Ahli Parlimen Pas dan PKR menyokong cadangannya meminda Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan berhubung status agama kanak-kanak di bawah usia 18 tahun atau Dap akan menggunakan kesemua anggota Parlimennya yang paling besar dari Pas dan Dap untuk menyokong usul terbabit. 


Kenyataan itu dilihat seperti mempekecilkan Pas dan Pkr kerana seolah jika tiada Pas dan Pkr, Dap mampu melakukan apa saja bagi membuat keputusan. 

Dah kata dah, inilah sifat sebenar Dap, Pas dan Pkr sepatutnya malu dengan kenyataan tersebut yang dilihat menghina kekuatan Pas dan Pkr. 

Karpal yang dilihat selalu mempertikaikan perkara berkenaan agama Islam di Malaysia semakin melampau dan bongkak apabila parti Dap menang besar dalam PRU13. Segala keputusan yang diambil oleh Dap, wajib bagi Pas dan Pkr mendengar dan menurut segala arahan.

Itu baru menang besar, belum lagi jadi kerajaan. Kalau dah jadi Kerajaan, habis la Islam, lingkuplah Melayu. Mungkin itu yang puak PR mahu kot?

McTheory:
Macam mana la ada orang bodoh boleh percaya dengan Dap?

4 ulasan:

  1. dah bapak kau yang banggang, knapa pilih dia jadi teman. ni suma dari air tgn bapak kau jgk, pilih bang non jadi imam, berkitabkan jingay, bertemankan LKS,LGE,KAPAL,AMBIGAL..nah rasakan sendiri.biar keturunan kau dicemuh..

    BalasPadam
  2. dr mata turun ke hati.. aikkk dr ayah turun ke anak... padan muka... percaya dap kafir lebih memahami islam.. khalifah agung telah diberi nama.. pakai baju melayu jubah kopiah masuk acara islam janji nak masuk islam kempen pakai tudung labuh.... tuiiiiii ayahnya kata nak dakwah kat dap.... aikkk dah abis pru... ambik kau.. dah cukup dah dakwah sampai bazar ramadhan pun
    tutup.. kandang babi pulak dibukak.. padan muka..

    mana hadi..mana husam.. mana sapu.. mana mahfuz... telur dah kena picit...

    BalasPadam
  3. Tidak akan kita dapati org yg sungguh beriman dgn Allah swt dan Hari Akhirat berteman baik dan rapat dgn org kafir dan memusuhi Allah swt dan RasulNya saw, antara yg jelas dlm mengambil hati sikufur akan berlaku banyak pertentangan dgn tuntutan agama dan berlaku banyak konflik.
    Apatah lagi, persekongkolan itu menimbulkan permusuhan sesama Islam.
    Wahai saudara seagama, sempena Ramadhan ini, perbanyakanlah membaca Al Quran dan fahamilah pengajarannya moga kita mendapat manfaat darinya.

    BalasPadam
  4. sebab Najib tak berapa berani...

    BalasPadam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!