Pages

Khamis, 11 Julai 2013

PANASS!! Gadis Bertudung Ni Jadi Barua Dap? #DapAntiIslam




Pelantikan seorang wanita muda sebagai ahli majlis perbandaran, yang dilihat tanpa melalui proses sepatutnya menimbulkan tanda tanya di kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN) P.Pinang.

Mereka mendakwa kerajaan negeri tidak telus dalam melantik Nur Fitriah Abdul Halim (gambar), 26, kerana beliau dipilih semata-mata untuk mengisi kuota Melayu dan jantina.

Pengerusi Wanita MCA negeri, Tan Cheng Liang berkata, beliau terkejut dengan kenyataan ahli exco negeri Chow Kon Yeow bahawa Nur Fitriah, pereka grafik, telah dipilih untuk mengisi kuota Melayu daripada parti itu menggantikan Zulkifli Mohd Noor yang tidak dilantik semula.

Menurut laoran akhbar harian, Nur Fitriah dilantik tanpa temuduga.

Chow berkata ia merupakan prerogatif Ketua Menteri Lim Guan Eng dan kerajaan negeri untuk melantik beliau.

Setiausaha MCA negeri Lau Chiek Tuan berkata Lim tidak mengamalkan ketelusan dalam pelantikan itu.

Naib Pengerusi Gerakan negeri Wong Mun Hoe juga mempersoalkan pelantikan Nur Fitriah di laman Facebook beliau.

"Dia tidak melalui proses temuduga untuk mengisi kuota Melayu. Jadi, apa yang berlaku kepada meritokrasi? Kuota atau meritokrasi?" katanya.

Sementara itu, Nur Fitriah enggan mengulas. - MSTAR

2 ulasan:

  1. Syabash dan Tahniah kepada NOR FITRIAH. Nasihat saya, buat lah kerja dengan betul dan jujur. Berlaku adil kepada semua. Jangan tekan melayu dan jangan tutup mata dengan cina. Yang salah berani lah kata kan salah walau pun terkena atas kepala Lim Guan Eng sendri.

    Ingat Fitriah. Jauhkan diri dari rasuah, sekali anda tertelan duit rasuah sampai bila2 anda kena telan. Kalau anda tak mahu telan rasah lagi anda akan di telan oleh SPRM. Jangan ambil rasuah dari awal, maka anda akan dipandang tinggi sampai pencen.

    " Aku kaya kerana makan rasuah, tapi jiwa aku tak lah sekaya jiwa seorang tukang cuci (cleaner) " kata2 kawan saya yang hidup nampak kaya raya kerana duit rasuah tapi jiwanya kacau .. semua dia ada tapi dalam keluarga kacau bilau.

    Dan saya pernah berkata kepada dia, " kau kaya aku tak tumpang, kau susah aku tak tolong " Alhamdulilah sampai hari ini kami masih rapat. Saya jaga rahsia dia, dia jaga persahabatan kami.

    Mat Kedah

    BalasPadam
  2. Kalau DAP tak rasuah,aman Pulau Pinang,lawak oleh UAI ke?

    BalasPadam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!