Pages

Jumaat, 19 Julai 2013

PANASS! Kedah Fatwa Syiah Haram Di Kedah? #HanyaDiKedah



Kerajaan Negeri Kedah bercadang mewartakan fatwa anti Syiah selepas dikuatkuasakan sepenuhnya di peringkat kebangsaan sebelum ini.

Menteri Besarnya, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, langkah itu perlu kerana Kedah juga tidak terkecuali daripada penularan fahaman berkenaan.

“Saya menerima laporan bahawa ia semakin merebak dan menimbulkan keresahan di kalangan ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu majoriti penduduk Islam di Kedah dan Malaysia.

“Oleh itu, saya rasa tepat pada masanya dan sesuai untuk kita berusaha mewartakan fatwa ini di peringkat negeri,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Wisma Darul Aman, semalam

Menurutnya, pendekatan itu wajar dilaksanakan selagi ia masih boleh dikawal.

“Walaupun begitu, sudah timbul masalah apabila berlaku kematian, kadang-kadang jenazah itu diambil pihak tertentu untuk diuruskan mengikut cara Syiah.

“Ia bertentangan dengan amalan kebiasaan kita sebagai Ahli Sunnah. Jadi, ini antara perkara yang sedang berlaku dan akan kita cuba elakkan daripada merebak,” katanya.

Mukhriz menambah, keputusan mengenai hanya akan dilaksanakan selepas mengadakan perbincangan bersama Mufti Kedah, Datuk Sheikh Mohamad Baderudin Ahmad dalam masa terdekat.

“Sekarang ini kita tidak boleh menguatkuasakan fatwa itu kerana ia belum diwartakan di peringkat negeri.

“Pada peringkat awal, mungkin kita mahu perbetulkan akidah mereka terlebih dahulu sebelum kita ambil tindakan lebih serius,” katanya.

Terdahulu, muzakarah khas Jawatankuasa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akhidah, syariah dan akhlak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!