Pages

Isnin, 15 Julai 2013

PANASS!! Kejamnya Kerajaan negeri Kedah Sekarang Ni!! #HanyaDiKedah




Kejam betul kerajaan negeri Kedah ni, kejam sungguh!

Cuba baca..

Nampak, Kerajaan negeri Kedah akan menunaikan janji yang dibuat dalam manifesto PRU-13 yang lalu untuk menjadikan perayaan Thaipusam sebagai cuti umum di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, SumberTenaga Manusia, Pelancongan Mohd Rawi Abd Hamid berkata pada PRU yang lepas BN telah membuat manifesto berkenaan dan janji itu akan dikotakan tidak lama lagi.

"Kita akan bawa permohonan untuk dibincangkan bersama Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dalam mesyuarat exco kerajaan negeri Rabu ini bagi menjadikan Thaipusam sebagai cuti umum sama seperti cuti Deepavali.

"Saya harap hasil perbincangan mesyuarat nanti akan memberi berita gembira kepada semua penganut Hindu di Kedah kerana sudah sampai masanya Thaipusam dijadikan sebagai cuti umum kerana di Kedah terdapat hampir 20,000 penganut Hindu," katanya selepas melawat tapak bangunan Pertubuhan Sri Ramakarishna di Alor Semadon sini, Ahad.

Sementara itu, Bendahari MIC Kedah R. Muniandy berkata permohonan untuk menjadikan Thaipusam sebagai cuti umum di negeri ini telah lama dilakukan iaitu ketika Datuk Seri S. Samy Vellu menjadi Presiden MIC lagi tetapi tiada sebarangberita diterima.

"Pada tahun 2008, parti pembangkang telah membuat janji untuk membawa permohonan berkenaan perkara itu sekiranya mereka berjaya menawan Kedah tetapi selepas berjaya menawan Kedah, janji yang mereka tabur tidak dikotakan.

"Kami berterima kasih kepada BN kerana berani mengambil inisiatif untuk mengotakan janji berkenaan cuti Thaipusam yang ditunggu-tunggu penganut Hindu di Kedah," katanya.

Apa nak jadi dengan kerajaan negeri Kedah ni. Kenapa bagi cuti pada penganut agama hindu? Kenapa? Kenapa? Kenapa kejam?

Ehh bagi cuti ka? Ohh.. ingat apa tadi. he he..

Selalu blogger Pas dok kutuk Kerajaan Kedah ni kejam, zalim, mungkir janji. Kali ni depa dah takdak modai la kot.. heh..

McTheory:
Best pula rasa dok 'menganjing' blogger Pas ni..

1 ulasan:

  1. itula akibatnya melayu tak bersatu..pecah belah,kalau kita bersatu melayu akan kuat .pakatan rakyat kena pakai kaum lain,BN pun kena pakai kaum lain.kalau melayu satu parti tak la susah.sabah ,serawak pun untung

    BalasPadam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!