Bila jentera parti dalam keadaan terdesak, jentera parti akan buat apa saja untuk menang. Itulah yang terjadi kepada Pas sekarang ni. Takdak modal nak jual calon dorang, dorang buat fitnah terhadap calon BN. Kalau benar calon korang si Azlan tu hebat sangat, tak payah nak kutuk dan fitnah calon BN. Jual calon korang sudah!
Baca temberang Pas,
Pas terbukti tidak mempunyai modal bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut apabila mula menimbulkan isu remeh-temeh termasuk soal latar belakang calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, 37, dalam usaha meraih undi.
Dalam sidang akhbar di sini hari ini, Pas melalui Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali mengedarkan kenyataan yang memperkecilkan Tengku Zaihan walaupun mengakui kehebatan latar belakangnya.
Namun, kenyataan itu tidak pula banyak mengangkat kelebihan calon Pas, Endot@Azlan Yusof selain kontraktor yang dicanang sebagai seorang yang mesra dan mudah dibuat 'kira bicara.'
Mustapa yang pernah dikaitkan dengan rakaman video seks mirip wajah beliau mendakwa, Pas mendapat respons yang amat buruk mengenai calon BN daripada penduduk setempat dan pemilihan Tengku Zaihan dibuat oleh 'orang' dari Putrajaya dan bukan UMNO negeri atau bahagian.
"Ada macam-macam versi tentang calon BN ini, ada yang kata dia lahir di sini dan mempunyai ahli keluarga di Kuala Besut ini, ada yang kata pula, dia tidak lahir di sini dan tidak dibesarkan di sini, cuma keluarganya ada di sini.
"Banyak persoalan tentang calon BN ini yang kita terima maklum balas orang ramai. Kita tidak nafikan latar belakangnya yang hebat tetapi BN Terengganu tidak dapat menyelami isi hati rakyat yang mahukan seorang wakil rakyat yang benar-benar menjiwai rakyat," dakwanya.
Yang turut hadir dalam sidang akhbar tersebut, Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Dr. Hatta Ramli.
Tindakan Mustafa itu bertentangan dengan kenyataan Endot yang menegaskan parti itu tidak akan menyerang peribadi lawan dan menjalankan kempen secara berhemah bagi menghormati Ramadan.
Endot juga dilaporkan berkata, kempen harus dijalankan secara gentleman kerana beliau mengenali rapat Tengku Zaihan dan Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Idris Jusoh.
McTheory:
Stopa, Stopa.. walaupun rupanya tidak ku kenal, tetapi spendar mu, tetap menjadi pujaan hati ku.. he he.. opss lupa bulan puasa!
PAS mahu main kasar ya dalam bulan Ramadhan ini?
BalasPadamTak baik buat fitnah...nanti tak pasai-pasai habis dilondehnya keburukan PAS. Tak dak yang tinggal kecuali spender je.