Pages

Isnin, 1 Julai 2013

PANASS! Phahrolrazi dah Atur Plan Untuk Gulingkan Mahfuz Omar! #HanyaDiKedah


Dok kata dah, puak Phahrolrazi dan Dr Ismail takkan dok diam bila Mahfuz jadi Pesuruhjaya Pas Kedah. Mula-mula memang depa diam, hanya protes tak puas hati, letak jawatan dan merajuk.

Kemudian depa jolok blogger pro UMNO macam kami ni hentam Mahfuz dengan mainkan isu akademik. Kami sedar, sebab tu kami tak layan sangat, bagi kami Mahfuz jadi Pesuruhjaya Pas Kedah pun dah macam bonus.

Kemudian bila semua dah ikut plan, depa buat pula himpunan Seminar Pemikiran Ustaz Fadhil Noor. Kononnya nak bincang hala tuju Pas, mengikut pemikiran Ustaz Fadhil. Sapa yang taktau, ingat niat depa tu betul la sangat. Rupanya ada udang disebalik batu, niat nak jadi Pesuruhjaya Pas Kedah tak pernah terpadam.

Kalau ikut pemikiran Ustaz Fadhil, sudah tentu kepimpinan Ulamak yang dibawa. Pas zaman lani, mana ada kepimpinan Ulamak lagi, Hadi Awang pun dah jadi Alamak dari Ulamak. Dewan Ulamak Pas pun dah tak dipandang, pimpinan Pas lebih patuh pada Dap dari Dewan Ulamak.

Jadi Seminar Pemikiran Ustaz Fadhil tu, menjadi medan untuk menghentam Mahfuz yang baru saja naik jadi Pesuruhjaya, kononnya Mahfuz tu bukan Ulamak, jadi tak layak untuk jadi Pesuruhjaya Pas Kedah.

Nampak tak permainan yang cuba dibawa oleh Phahrol dan orangnya.

Sebab tu Mc kata si Phahrol ni otaknya bijak, jahat dan licik. Kalau dia naik jadi Pesuruhjaya memang susah sikit kami nak lawan, tapi kalau Mahfuz, bola tanggung banyak, dia senyum pun kami boleh tibai!

Kalau ada orang kata perbalahan dalaman Pas Kedah dah selesai bila Pas kalah, nampak sangat orang tu taktau apa sebenarnya yang terjadi dalam Pas Kedah lani. Semua perbalahan hanya boleh selesai bila Phahrol naik jadi Pesuruhjaya dan Dr Ismail jadi Timbalan. Tu pun kalau orang Ustaz Azizan nak biar la.

Kalau tak biar, nampaknya perbalahan ni akan kekal sampailah PRU ke 14.

Kalau kekal sampai PRU ke 14 lagi bagus, senang sikit kerja kami! he he he..

McTheory:
Lanie kita tengok drama yang depa mainkan dulu..

3 ulasan:

  1. umNgok dok merepek apa.macam pelaq la

    BalasPadam
  2. Lantak la pas... ada tak org bawah pas berani turunkan pemimpin kat atas?!???...

    BalasPadam
  3. Pi mampoih la Pas sampai bila pun dok takat tu saja tak bulih nak pi jauh..sebab ramai setan menyamar jadi ulamak.

    BalasPadam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!