Pages
▼
Ahad, 14 Julai 2013
PANASS!! PRK Kuala Besut, Calon Pas Barang 'reject' UMNO?
Tentu tak ramai orang tahu mengenai latar belakang calon Pas Kuala Besut si Azlan @ Endut Yusof. Kalau Pas perkenal dan cerita, sudah tentulah cerita yang elok-elok saja. Seorang anak muda berjaya, kontraktor kelas A, bertanggung jawab dan lain-lain cerita retorik kebaikan si Azlan tu.
Tetapi pernah orang tahu ke si Azlan ni bekas AJK Pemuda UMNO Kuala Besut?
Pernah? Rasanya kalau nak tunggu Pas 'khabor' memang tak 'khabor' la jawapnya. Menurut apa yang diceritakan oleh orang tempatan kepada penulis, si Azlan ni dulu cari 'makan' dengan UMNO, biasa la kontraktor.. UMNO pulak Kerajaan negeri, sudah tentu sanggup buat apa saja untuk dapat projek.
Golongan kontraktor macam si Azlan ini lah yang memperlingkupkan UMNO. Namun disebabkan kantoi dalam beberapa perkara, salah satunya menjadi penyumbang kepada parti lawan dan 'curang' kepada parti. Akhirnya Azlan di pecat!!
Perkara ini turut di confirmkan oleh Idrus Jusoh, Ketua UMNO Bahagian Besut yang juga merangkap Menteri Kewangan Kedua.
Kata Idris,
"Dulu dia pernah jadi AJK Pemuda Umno. Dia ni orang berniaga (ahli perniagaan). Tapi saya taknak lebih lah, bulan puasa.
"Dia dipecat daripada parti kerana menunjukkan kecenderungan kepada parti lain," katanya pada sidang media tempohari.
Itu bermakna, desas desus selama ini yang mengatakan si Azlan calon Pas tu bekas AJK Pemuda UMNO adalah benar. Cuma sebab beliau dipecat tidak dinyatakan secara tepat. Kalau nak ikut khabar angin, beliau ada terlibat dengan perkara yang tidak elok. Tapi biarlah, hanya orang tempatan sendiri yang tahu akan perkara tersebut.
Penulis pun pelik dengan Pas ni, kata nak kemukakan calon terbaik untuk lawan UMNO di Kuala Besut, terbaik apanya kalau calon yang Pas kemukakan itu bekas ahli pemuda UMNO yang dah kena 'reject'.
Barang reject elok ke kalau nak guna lagi? Kalau UMNO/BN kemukakan Tengku Zaihan anak Ustaz dan pemuda berjaya sebagai calon, Pas pula kemukakan ahli pemuda UMNO yang dah kena reject dan bermasalah.
Kalau anda jadi pengundi, yang mana lebih 'berselera' untuk anda pilih dan menjamin masa depan?
McTheory:
takkan pilih barang reject kot? he he..
satu yg pelik.. satu yg aneh..tak nampak pulak artis berduyun kat sana.. biasanya ceramah pas byk artis tunjuk taring... atau tin milo dah tak bergerak.. mcm mana mau cari untung..
BalasPadam