Pages

Sabtu, 3 Ogos 2013

HOT! Anak Pengasas Ambank diminta pulang bantu siasatan polis!



Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh meminta Pascal Najadi, anak pengasas Ambank Hussain Ahmad, kembali ke Malaysia untuk membantu siasatan kes pembunuhan bapanya.



"Kembalilah ke Malaysia dan bekerjasama dengan pihak polis supaya kita boleh tahu apa yang sebenarnya berlaku," kata Mohmad kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di Masjid India malam tadi.

Mohmad (kiri) berkata demikian bagi menjawab pertanyaan dari wartawan berhubung penafian Pascal yang kematian bapanya ada kaitan dengan satu urusan hartanah.

Semalam, Pascal Najadi dilaporkan berkata bahawa pembunuhan bapanya bukan disebabkan kegagalan urusan hartanah, tetapi telah dirancang lebih awal.

Beliau juga dilaporkan berkata bahawa beliau tidak akan datang ke Malaysia sehingga suspek yang membunuh bapanya ditangkap.


Isnin lalu, Hussain Ahmad, 75, (kiri) terbunuh sementara isterinya Chong Mei Kuen, 49, cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir selepas meninggalkan sebuah tokong di Lorong Ceylon di ibunegara.

Mahmod berkata Pascal tidak berada di Malaysia dan mungkin dia tidak mengikuti perkembangan berhubung perkara tersebut.

"Dia membuat penafian di luar negara. Dia bukan di Malaysia tetapi di Rusia," kata Mohmad sambil menambah bahawa penafian tersebut tidak akan menyelesaikan kes itu.

Oleh itu, beliau mengulangi bahawa Pascal yang juga timbalan pengerusi Arab Investments for Asia Kuwait Limited (AIAK) patut pulang ke Malaysia.

'Suspek masih di negara ini'

Mengenai perkembangan terkini siasatan kes tersebut, Mohmad berkata suspek utama, yang dikenali sebagai Sei Ngan Chai, dipercayai masih berada di negara ini.

"Kami sedang berusaha untuk mengesannya dari semua sumber, termasuk rakan-rakannya, keluarganya dan jiran-jirannya," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!