Pages
▼
Jumaat, 9 Ogos 2013
HOT INFO! Jalan Kaki Sejauh 5,700KM Ke Makkah!
Seorang warga Bosnia bernama Senad Hadzic, 47, berjaya mengharungi pelbagai cabaran sejauh 5,700 km dalam masa 314 hari dengan merentasi tujuh negara termasuk Syria.
Hadzic turut membawa beg galas seberat 20 kilogram bagi merealisasikan hasratnya untuk menunaikan haji pada tahun ini.
"Saya tiba di Syria dan berjalan sejauh 500 km merentasi negara itu dalam tempoh 11 hari. Berikutan konflik meruncing di negara tersebut, saya juga terpaksa melalui pemeriksaan di puluhan pos kawalan keselamatan yang dikawal oleh tentera kerajaan dan pemberontak.
Bagaimanapun, saya tidak pernah ditahan oleh mereka kerana segala urusannya seperti dipermudahkan oleh ALLAH SWT," katanya.
Selain itu, Hadzic terpaksa berhadapan dengan perubahan suhu di beberapa negara.
Menurutnya yang terendah dicatatkan adalah -35 darjah Celsius di Bulgaria, manakala suhu paling panas adalah 44 darjah Celsius di Jordan.
Sebelum tiba di Makkah, beliau terkandas beberapa minggu di Istanbul untuk memperoleh kebenaran bagi merentasi Selat Bosphorus.
Dia juga terpaksa menunggu dua bulan di sempadan Jordan-Arab Saudi untuk mendapatkan visa.
Masyallah di akhir zaman ni masih ada lagi orang macam ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.
Harap Maaf dan Harap Maklum!