Pages

Rabu, 21 Ogos 2013

HOT! Kenapa Dap Marah Polis Cegah Jenayah?!! #DAPigs



Tiada di kalangan orang awam di negara ini yang tidak gembira dan menarik nafas lega apabila polis memulakan Operasi Cantas secara rasmi bermula tengah malam tadi dan hari pertama Ops Cantas ‘diserikan’ dengan terbunuhnya lima orang penjenayah dari Geng 04 di Pulau Pinang dalam satu kejadian tembak-menembak dengan polis awal subuh tadi.

Namun, di sebalik kelegaan dan kegembiraan orang ramai, rupa-rupanya ada yang tidak senang hati dengan peperangan yang dilancarkan oleh pihak polis terhadap kumpulan penjenayah. Mereka adalah pimpinan DAP dan konco-konco penjenayah mereka.

Awal pagi lagi, Ahli Parlimen Segambut dari DAP, Lim Lip Eng telah mempersoalkan cop gangster yang diberikan oleh polis kepada kelima-lima orang lelaki India yang ditembak mati di sebuah apartment di Pulau Pinang itu. Kemudian Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula muncul dengan idea yang pastinya akan membuatkan para penggemarnya mendabik dada dan memuji-muja kebijaksanaannya.

Lim Guan Eng menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan berbincang dengan PDRM untuk memetakan lokasi-lokasi penjenayah dan diletakkan di tempat-tempat awam sebagai peringatan kepada orang awam. Sekali dengar, murni benar hasrat tersebut tetapi sebenarnya menyerlahkan sifat sebenar Lim Guan Eng dan DAP yang amat bimbang sekiranya operasi penghapusan jenayah turut melibatkan kawasan-kawasan yang sememangnya sarang penjenayah di Pulau Pinang yang mempunyai kaitan dengan DAP.

Dap draf sendiri laporan polis untuk ahli keluarga penjenayah


Menjelang petang, DAP menerusi ADUN Seri Delima, R.S.N Rayer berjaya menghasut ahli-ahli keluarga anggota GANG 04 yang mati dalam kejadian tembak-menembak dengan pasukan polis untuk membuat laporan polis dalam cubaan menyalahkan operasi penghapusan dan pencegahan itu.

DAP sentiasa terlibat dalam sebarang usaha menggagalkan usaha PDRM mencegah dan memerangi jenayah. Sekalipun pada masa yang sama, mereka mendabik dada konon-kononnya merekalah parti yang memperjuangkan keamanan, hakikat yang ditunjukkan oleh parti tersebut, tidak ubah seperti Parti Likud di negara haram Zionis Israel yang amat menyokong pembunuhan rakyat Arab Palestin dan membela setiap penjenayah Zionis.

Dengan kekuatan barisan peguam yang terkemuka namanya dalam DAP, parti itu sudah tentu sedang memujuk ahli-ahli keluarga anggota GANG 04 untuk memulakan prosiding mendapatkan pampasan ratusan juta ringgit daripada Kerajaan Malaysia dan PDRM sepertimana yang mereka pernah lakukan sebelum ini.

Dan akhirnya setelah mempertimbangkan permintaan dan desakan tersebut, mahkamah mengarahkan Kerajaan Malaysia dan PDRM membayar ganti rugi, pampasan atau saguhati kepada ahli-ahli keluarga penjenayah itu.

Sekaligus masyarakat melihat dan membuat tanggapan, mahkamah serta sistem perundangan di negara ini bersekongkol dan membela penjenayah hanya semata-mata kerana takut dikecam oleh Pakatan Rakyat kononnya sistem keadilan di negara ini tidak adil dan terlalu menyebelahi pihak polis.

Sudah ramai yang menjangkakan, DAP sedang menyusun gerak dan melakukan perancangan rapi untuk mendesak kerajaan agar menubuhkan tribunal atau suruhanjaya bagi menyiasat pembunuhan kelima-lima anggota kumpulan penjenayah yang dikaitkan dengan sindiket pembunuh upahan itu. DAP akan mengaitkan kes berkenaan dengan IPCMC yang sebelum ini ditolak oleh PDRM. DAP akan menjadikan kes tersebut sebagai salah laku dan salah guna kuasa serta senjata oleh polis.

Sokongan serta bantuan daripada PKR dan PAS, akan memudahkan kerja DAP. DAP hanya perlu menumpukan perhatian kepada masyarakat Cina dan India yang nampaknya sekarang ini sangat menyokong mereka, manakala PAS dan PKR cuba meraih sebanyak mungkin sokongan daripada masyarakat Melayu dan Bumiputera agar menentang dan mengurangkan kuasa pihak polis dengan pelbagai alasan termasuklah alasan agama.

Kita hanya perlu perkembangan selanjutnya dalam masa yang singkat. Yang pasti, DAP tidak akan melepaskan peluang keemasan ini untuk meraih sebanyak mungkin sokongan daripada masyarakat India, terutama sekali menjelang pemilihan CEC yang bakal mengenepikan sekali lagi penyokong-penyokong India mereka bagi melangsungkan survival KETUANAN CINA dalam DAP!

sumber : perak today

4 ulasan:

  1. Kita faham apa yang DAP cuba lakukan tapi kita tak mengerti kenapa DAP terlalu BODOH..

    BalasPadam
  2. lagi bodoh melayu2 yang jilat pungkok DAP...

    BalasPadam
  3. teruskan perjuangan membela penjenayah....sokonglah gangsterisme...x pyh la PDRM susah2 nak cegah penjenayah kan...apa sebenarnya yang mereka mahukan...

    BalasPadam
  4. Sudah jelas DAP mmg penjahat dan penyokong jenayah dn penjenayah. Mereka sgt bencikan POLIS.

    Paling BODOH dan SIAL ialah PAS. Dh byk bukti DAP ni xbetul, mereng.. kafir penentang tp smpai skrg Nik Najis, Hadi Bongok, Majlis Suro Munapik PAS kekal jilat DAP dan xputus apa2. Ini setan punya perancangan. PAS lupa diri.

    Sbb itu BLACKOUT 505 boleh guna kompleks PAS batu 12 Kota Sarang Semut. Punya jelik dn jijik sikap PAS.. Moga Laknat Allah atas PAS!

    BalasPadam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!