Pages
▼
Khamis, 22 Ogos 2013
INFO! Azizan Razak Bakal Gegarkan Sidang Dun? #KedahAmanMakmur
Akhirnya tanda tanya mengenai kedudukan Tan Sri Azizan terjawab juga apabila semalam bekas Menteri Besar itu mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Limau di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.
Menurut bekas Setiausaha Akhbar beliau, Helmi Khalid, rombongan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Datuk Md Rozai Safian tiba di wad hospital berkenaan kira-kira pukul 12.45 tengah hari tadi untuk proses angkat sumpah itu.
“Proses berkenaan mengambil masa kira-kira 15 minit,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Antara yang hadir semasa proses angkat sumpah itu ialah Timbalan Speaker Datuk Azmi Che Husain; Setiausaha Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Syed Isa Syed Ibrahim, Penasihat Undang-undang negeri Datuk Anas Ahmad Zakie dan Adun Anak Bukit Datuk Ir Amiruddin Hamzah.
Difahamkan proses angkat sumpah berkenaan berjalan lancar dan Azizan tidak menandatangani, sebaliknya hanya menggunakan cap jari sebagai pengesahan diri.
Azizan dipotong kedua-dua belah kakinya kerana mengalami komplikasi diabetes yang kronik 10 Mei lalu dan menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) kira-kira tiga bulan sebelum dipindahkan ke HSB minggu lepas.
Ishh awatla duk siksa diri buat kerja politik yg dh xmampu. Bersara la baik duk mengajaq kitab dr duk pulun nk jd YB jugak. Dpt pahal besaq lg. Xpham la puak2 PAS ni..
BalasPadam