Pages

Khamis, 22 Ogos 2013

INFO! Punca Sebenar Kemalangan di Genting Highland!



Seorang wanita hanya mengetahui suaminya terbunuh dalam kemalangan bas di Genting Highlands semalam melalui syarikat perkhidmatan pengurusan jenazah. Lim Yee Ha, 64, berkata ini berikutan syarikat tersebut menghantar mayat mendiang suaminya, Choo Peng Kwan, 67, dari tempat kejadian ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurut Lim, beliau tidak mengetahui pemergian suaminya ke Genting Highlands kerana mendiang tidak memaklumkan mengenai tempat ditujunya apabila keluar rumah awal pagi semalam.

"Beliau keluar rumah di Taman OUG, Jalan Klang Lama, di sini, sekitar pukul 9 pagi dan tidak menunjukkan sebarang reaksi pelik sebelum itu," katanya ketika ditemui di rumah mayat HKL.

"Saya mendapat tahu mengenai kematian suami saya menerusi syarikat khidmat mengurus jenazah yang menghantar mayat dari tempat kejadian ke HKL kira-kira pukul 12 tengah malam tadi," katanya dengan nada sedih dan pilu.

Sementara itu, Roslan Jantan, 54, pernah menasihatkan abangnya Rasib, 61, seorang pegawai keselamatan di sebuah hotel di Genting Highlands yang turut terkorban, supaya tidak menaiki bas sedemikian untuk berulang alik dari tempat kerja. Ini memandangkan keadaan bas berkenaan dipercayai uzur dan kurang penyelengaraan, dakwa Roslan, seorang bekas pemandu bas di syarikat lain.

Bas awam tersebut menjalankan perkhidmatan berulang alik setiap hari ke pusat peranginan itu dari stesen bas Jalan Tun Razak di sini. Kemalangan di KM3.5 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur itu meragut 37 nyawa termasuk pemandu bas apabila bas yang dinaiki 53 penumpang itu terjunam 60 meter ke dalam gaung semasa menuruni jalan curam dari pusat peranginan itu ke ibu negara pada pukul 2.45 petang semalam.

Seramai 16 penumpang cedera termasuk 14 dalam keadaan kritikal. Daripada jumlah itu, lapan dimasukkan ke Hospital Selayang, lima di HKL, dua di Hospital Sungai Buloh dan seorang di Hospital Bentong.

Lagi gambar kemalangan sambung klik SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!