Ketika pemilihan Umno semakin hampir, rata-rata pemimpin-pemimpin Umno sudah mengumumkan penawaran masing-masing untuk mempertahan dan merebut jawatan tertinggi dalam parti, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda, Fathul Bari Mat Jahya nampaknya tidak mahu ketinggalan.
Menulis dalam laman mikro Twitter miliknya, Fathul menyatakan kesediaanya untuk bertanding dalam Exco Pemuda Umno demi memperjuangkan Islam.
Katanya, kesediannya itu juga bertitik tolak daripada janji Presiden dan Ketua Pemuda Umno, jawatan tersebut dapat dijadikan platform bagi memperjuangkan Islam.
"Kesediaan saya untuk bertanding Exco Pemuda Umno kerana saya dijanjikan bahawa platform itu boleh dimanfaatkan untuk memperjuangkan Islam," tulisnya.
Sebelum ini, Umno-BN telah memilih Fathul Bari sebagai salah seorang calon ulama bertanding pada PRU13, 5 Mei lalu.
Memetik daripada laman blog Taipan Master,beliau berkata "Saya akan menawar diri untuk bertanding Exco Pemuda sekiranya ada sokongan dari kawan kawan" ujarnya.
Beliau dicalonkan di Dun Sanglang bagi menewaskan calon Pas, namun tidak berhasil.
Jawatan Exco Pemuda Umno kini disandang oleh Mohd Suffian Awang, Shafiqurrrahman Shamsudin, Datuk Sohaimi Shahadan, Mohd Gasing Saling, Ustaz Affendi Yusof dan Datuk Wan Amizan Wan Abd Razak.
Tanding terus jawatan Ketua Pemuda Umno lagi bagus.
BalasPadamBeliau layak bertanding jawatan yg lebih kanan seperti naib presiden. Malah timbalan presiden sekalipun.
BalasPadamSaya sokong ustaz
BalasPadamhHahaaaaaahaaaaa. ..... lawan katak hijau d Ssanglang pun kalahhhhhh ada hati nak tanding exco. ... lu aada duit ke syeikhhh mo bertanding jawatan dlm umno ni paling cikai pun mo ada 10 jutaaa. .. takat janggut sejemput tu pewakilan tak pandang brooooo
BalasPadamperwakilan bukan bodoh mcm hang...asyik dok pikiaq merendah kan org lain..
Padam