Pages

Isnin, 19 Ogos 2013

PANASS!! Kerajaan Kedah Tolak Keras Rasuah!! #KedahAmanMakmur



Kerajaan Kedah tidak akan bertolak ansur sama sekali dengan kegiatan rasuah, terutama membabitkan peringkat kerajaan negeri, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Kerana itulah katanya beliau memulakan usaha mencegah dengan dirinya sendiri apabila tidak membenarkan keluarganya memohon atau terlibat dalam projek peringkat kerajaan negeri.

Jika terbukti ada mana-mana pihak peringkat kerajaan negeri yang terjebak dalam gejala itu dan terbukti benar, tindakan tegas akan diambil, katanya kepada pemberita selepas majlis hari raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Ayer Hitam, di sini hari ini.

"Khususnya di peringkat Exco. Mereka pegang jawatan eksekutif. Mahu tak mahu mereka terdedah kepada tanggungjawab membuat keputusan. Setiap satu keputusan perlu dibuat dengan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat dahulu.

"Tak patut timbul sebarang keraguan. Apa matlamat? Ada tak sifat pilih kasih dan jaga kepentingan peribadi," kata Mukhriz yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Ayer Hitam.

Beliau juga menjelaskan tindakannya membuat penegasan berhubung pendirian kerajaan negeri itu kerana isu integriti sering kali dikaitkan dengan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Tujuannya semata-mata nak timbulkan rasa marah kepada kerajaan pusat dan BN, dan mungkin selepas ini kepada kerajaan negeri Kedah. (Kerana) itu saya ambil pendekatan menjelaskan kepada semua pihak (mengenai pendirian kami)," katanya.

Baru-baru ini, Mukhriz pada satu sidang media sempena 100 hari sebagai Menteri Besar Kedah memberi jaminan beliau tidak akan memberi projek perniagaan di negeri itu kepada anggota keluarganya.

Langkah itu bagi mengelakkan timbul konflik kepentingan kepada dirinya sebagai ketua kerajaan negeri. - Bernama

3 ulasan:

  1. Kenapa kerajaan lantik Azeez Mamak Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji ?

    Rukun Islam kelima kepada semua umat Islam di seluruh negara. Menunaikan Haj di tanah suci. Sekarang dengan perlantikan Azeez, siapa ada duit boleh menunaikan Haj, siapa yang tidak dapat bayar duit poket tidak akan dapat pergi.

    TABUNG HAJI AKAN JADI EKSKLUSIF SEPERTI KEDAI ROLEX ATAU FERRARI. Rakyat biasa akan mula tolak Tabung Haji dan terpaksa menggunakan kemudahan yang lain untuk menunaikan Haji di tanah suci.

    Kuota untuk Tabung Haji akan di pegang oleh Azeez Rahim supaya anak beranak, seluruh UMNO yang dia berhutang kepada boleh di lepaskan dengan memberi PERCUMA kepada mereka menunaikan Haj di tanah suci. Kesucian Agama kita sudah tercemar dengan perlantikan perompak ini sebagai pengerusinya. Bukan Presiden UMNO ini tidak tahu. Mesti dia sudah dapat laporan demi laporan penipuan ahli perniagaan Azeez ini kepada hampir semua pemimpin dalam UMNO dan di luar. Berapa ramai yang sudah terpedaya dengan dia ? Berapa ramai sudah di tipu dia ?

    Adakah pemimpin UMNO yang lain hanya akan duduk dan jadi YES MAN seperti dalam pentadbiran Mahathir dan Pak Lah ? Adakah kesucian Haji sudah tidak bermakna lagi kepada teras kepimpinan UMNO sampai melantik seorang penipu perompak sebagai Pengerusi Tabung Haji di terima sebulat suara oleh mereka ?

    Jangan sampai UMNO jadi pembangkang selepas Pilihanraya UMUM ke 14.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adakah azeez dah buat mcm tu? Jangan sebut jika hanya andaian. kita tengok dulu apa tindakannya.

      Padam
  2. bro jgn layan setan kt atas (3.53) tu.. sejak dlm bulan Posa sampai harni ni xhabis2 duk sebar fitnah pasai Azeez di merata2 blog. Tanggunglah dosa ko setan bertangan manusia, bila dh duduk dlm liang kubur nnt semua yg hang tulih tu akan 'jawab' balik dkt Mungkar Nangkir.. teruskan buat kerja2 mcm ni klu dh rasa selamat dh dlm kubur nnt.

    ZanKola

    BalasPadam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!