Pages
▼
Isnin, 5 Ogos 2013
PANASS!! Pas Tolak PRK Di Sungai Limau? #KedahAmanMakmur
Kita tahu Pas tidak kisah jika wakil rakyatnya sakit atau tak dapat buat kerja pun. Asalkan kerusi DUN yang dipegang oleh parti Pas tidak akan dipertandingkan untuk PRK.
Atas sebab demikian, Pas seolah-olah tidak mahu terjadi PRK di Sungai Limau.
Pas menyatakan kedudukan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebagai Adun Sungai Limau bergantung kepada tahap kesihatannya.
Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, setakat ini Azizan kekal sebagai Adun Sungai Limau setelah berjaya mempertahankan kerusinya itu pada PRU13, 5 Mei lalu.
Menurutnya, desas-desus menyatakan Azizan menandatangani surat peletakan jawatan sebagai Adun di kawasan tersebut adalah tidak benar.
“Kedudukannya bergantung kepada tahap kesihatan beliau, kita lihat tahap kesihatannya semakin pulih.
“Lagipun ada yang membantu beliau untuk menjalankan tugas walaupun beliau berada di hospital, jadi ia tak ada masalah untuk meneruskan tugasnya sebagai wakil rakyat,” katanya kepada Sinar Harian Online.
Jumaat lalu, media melaporkan Azizan masih Adun Sungai Limau, dan setakat ini tidak pernah menandatangani mana-mana surat peletakan jawatan Adun terbabit.
Ketua Penerangan Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor sebelum ini berkata, walaupun Azizan belum dapat melaksanakan tugas sebagai Adun selepas memenangi kerusi itu, ia bukan alasan pihak tertentu untuk cuba memanipulasi keadaannya.
“Walaupun Azizan masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) hampir tiga bulan dan belum angkat sumpah jawatan Adun, Azizan tetap Adun Sungai Limau berdasarkan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya.
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim yang menjawab persoalanan kemungkinan Pas akan berbincang mengenai kedudukan Azizan di Sungai Limau berkata, Pas di peringkat Pusat tidak mempunyai keperluan untuk berbincang mengenai kedudukan Azizan di Sungai Limau.
“Memang kita akan adakan mesyuarat bulanan selepas Hari Raya, tapi saya tak fikir kita akan bincang isu Azizan.
“Ia bukan keperluan, Azizan akan tetap menjadi Adun Sungai Limau, apabila kita lihat dia semakin sihat,” katanya.
Aku bukanlah nak jadi batu api, atau nak jatuhkan maruah dan martabat sesiapa, tapi marilah kita SEMUA fikirkan sejenak persoalan ini secara rasional, logik dan suci hati.
BalasPadamApakah manfaat, kelebihan dan kebaikannya DS Azizan terus memegang jawatan sebagai Adun Sg. Limau? Apa harapan yang kita boleh letakkan dalam melihat DS Azizan kembali segar dan menjalankan tugasnya dengan sempurna? Apakah habuan yang akan diterima oleh sesiapa saja (yang berkenaan dan berkaitan) dalam kita bertangguh2 ini? Dan sampai bila? Yang aku pasti ialah kita semua telah mensia2kan segala manfaat dan kebaikan yang telah terlepas ketika bertangguh2 ini.
Tak ada alim ulamak yang pandai sikit ke dalam PAS?
sepatutnya azizan dengan sukarela letak jawatan. kereta mercedes s series dah terlepas dah. apa nak lagi? melainkan dia berharap akan sembuh dalam masa terdekat dan dapat bersuara di dun.
BalasPadamdont worry Mahpos dg nPahrolBasi tggu masa je Jijan keluaq wad.. depa akan asak Tok Jijan sampai letak jawatan.. depa nk balaih dendam habis2 lepas ni.. due ekoq setan besaq dlm PAS Kedah tu!
BalasPadamPAS boodoow
BalasPadam