Terharu rasa hati apabila dapat menyaksikan kegembiraan yang terpapar di wajah anak-anak yatim dan anak yatim piatu dari daerah Baling yang telah di raikan Datuk Azeez Rahim, ahli parlimen Baling didalam program bantuan Aidilfitri kepada anak yatim dan anak yatim piatu.
Kali ini gedung pakaian Jakel Sungai Petani yang dimiliki syarikat Alamoda Silk House Sdn Bhd telah di pilih Datuk Azeez Rahim kerana ingin memberi peluang kepada anak-anak yatim dan anak yatim piatu memilih pakaian raya mereka sendiri.
Yang lebih terharu, anak-anak yatim dan anak yatim piatu ini akan di jadikan anak angkat kepada pejabat Azeez Rahim, segala pengajian mereka sehingga tamat akan cuba di bantu Datuk Azeez Rahim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.
Harap Maaf dan Harap Maklum!