Pages
▼
Sabtu, 21 September 2013
HOT! Kak Ijat Punca Azalina Tarik Diri? #PemilihanUMNO
KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said berkata keputusannya menarik diri daripada merebut jawatan Ketua Pergerakan Wanita Umno dibuat atas dasar sayang dan cinta kepada parti.
Beliau berkata ia dibuat selepas mengambil kira nasihat dan pandangan pelbagai pihak dan yakin keputusan itu diterima baik semua pihak demi perpaduan dan keutuhan Umno.
"Sebagai seorang yang setia kepada kepimpinan parti dan sayang serta cintakan Umno, apa yang penting bagi saya ialah untuk melihat Umno terus padu, utuh dan unggul bagi kita bersedia dari sekarang untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 nanti," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azalina turut memaklumkan beliau akan menawar diri untuk bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) dan Ketua Umno Bahagian Pengerang.
Beliau yakin mampu mencurahkan bakti dan khidmat kepada parti, bangsa, negara dan agama berdasarkan pengalaman dan kebolehannya sebagai anggota Parlimen selama tiga penggal dan pernah menjadi menteri kabinet serta menerajui Puteri Umno sebelum ini.
Azalina sebelum ini mengumumkan mahu bertanding jawatan Ketua Wanita yang disandang bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, namun mengubah fikiran atas alasan mahu mengelak perpecahan dalam parti.
Dalam kenyataan sama, Azalina mengucapkan terima kasih kepada Shahrizat dan Pergerakan Wanita yang telah berikrar memberi sokongan penuh kepada beliau dalam merebut jawatan MT pada pemilihan Umno bulan depan.
Bagi lah Kak Ijat habis kes semua dulu .... Cuti dari ada kuasa ... Ni semua dok tebiang nak bagi kosa lagi ... Lagilah rasa tak bersalah .... Pikiag lah sikit... Orang umno syok sendiri ... Camana nak buat duit ... Kalau macamni, lagilah org pandang hina kat umno secara khasnya dan Melayu secara amnya
BalasPadam