Pages
▼
Khamis, 5 September 2013
HOT! PEMANDU Najib Mabuk Punca Negara Bakal Huru Hara!!
Semalam blogger Otai Rocky Bru telah menulis satu entri mengenai Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) yang agak panas juga.
Tajuknya saja menunjukkan, sesuatu yang panas di PEMANDU menjadikan para blogger naik angin.
Menurut entri Rocky, pada hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan 20 sen pada harga petrol RON95 iaitu Isnin lepas, beberapa blogger arus perdana dijemput untuk menghadiri satu sesi taklimat media di Kementerian Kewangan.
Para blogger diminta memberikan maklumbalas kepada pihak kementerian berkenaan program rasionalisasi subsidi, pembentangan Bajet 2014 dan juga beberapa polisi.
Blogger yang hadir diminta memberikan maklumbalas berkenaan melalui sesi perbincangan di dalam kumpulan-kumpulan kecil.
Selesai taklimat, blogger terus memulakan tugas diamanahkan. Maklumbalas para blogger ialah, langkah rasionalisasi subsidi tidak akan berjaya jika kerajaan berterusan membazirkan wang.
Pegawai Rasmi : Membazir ke atas apa?
Blogger : Saya boleh sertakan senarai 100 perkara ketika ini yang kerajaan sedang membazir wang.
Pegawai Rasmi : Seperti apa?
Blogger : Seperti membayar gaji yang tinggi kepada pakar rujuk atau konsultan yang tidak penting dan tidak diperlukan.
LANCAR SERANGAN KE ATAS PEMANDU
Menurut entri Rocky, PEMANDU kini dipandang sinis oleh para blogger pro-kerajaan. Menurut beliau, beberapa anggota kabinet Najib turut mengesyaki sesuatu ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala yang diamanahkan untuk memimpin PEMANDU.
Perbandingan pun mula berlaku di antara PEMANDU dan juga Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang lebih berkesan di Jabatan Perdana Menteri yang telah berhasil memberikan kesan positif kepada ekonomi negara berbanding membelanjakan jutaan ringgit kepada pakar rujuk.
Rocky turut menampilkan beberapa entri serangan blogger pro-kerajaan kepada PEMANDU ini dan isunya sekali.
Antaranya ialah tulisan Syed Akbar Ali melalui blognya syedoutsidethebox.blogspot.com yang menulis PEMANDU memiliki beberapa orang pegawai yang akan mengagalkan perancangan Najib dalam mentadbir negara.
SENARAI PEGAWAI KANAN DALAM PEMANDU
Entri beliau pada 29 Ogos mengatakan beliau menerima satu email pada awal pagi itu yang disertakan dengan senarai pegawai-pegawai kanan di PEMANDU yang didakwa mentadbir negara dengan kebenaran Perdana Menteri.
Menurut email yang diterimanya, para individu itu masih muda tetapi diberikan jawatan tinggi di PEMANDU dan menurut pengirim email di laman blog Syed Akbar, ada di antara pegawai di PEMANDU juga adalah penyokong BERSIH.
Pengirim email turut memberikan senarai 17 kakitangan PEMANDU dengan sembilan dari mereka berbangsa cina, dua berbangsa India dan Melayu cuma enam orang.
Menurut tulisan entri Syed Akbar, takkan di sebuah jabatan yang sensitif di bawah seliaan Perdana Menteri yang bangsa Melayu menjadikan populasi hampir 60 peratus hanya boleh melantik enam orang Melayu di dalam PEMANDU.
Rocky turut berkongsi entri tulisan blog The Benchmark pada 3 September lepas yang mempersoalkan integriti salah seorang pegawai di dalam PEMANDU.
KONTROVERSI FARAH INTAN BURHANUDDIN?
Individu dimaksudkan ialah Farah Intan Burhanuddin dan jika di PEMANDU beliau memegang jawatan Penganalisis Kanan Unit Pengurusan dan Penyampaian Jabatan Perdana Menteri dan sebelum ini Farah dikatakan bertugas di Zaid Ibrahim & Co.
Menurut The Benchmark, Farah merupakan lulusan Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Beliau tiba-tiba muncul dan menjawat jawatan penting dalam PEMANDU. Farah menguruskan program berkaitan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Indeks Prestasi Utama (KPI) serta memantau PDRM bagi pihak Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.
Farah jika mahu boleh memanggil semua Ketua Polis Daerah jika beliau mahu bertemu dengan mereka.
The Benchmark menulis, Farah suka berparti dan juga memiliki tabiat meminum arak serta membuat beberapa perjalanan ke luar negara yang dilabel sebagai lawatan kerja cukup dikenali di pejabat dan digelar sebagai ‘Party Queen’ di PEMANDU.
Hubungan Farah dengan beberapa lelaki warga asing menjadikan beliau sasaran kuasa asing dan beliau mungkin akan diugut sehingga terpaksa mendedahkan maklumat sulit negara ke tangan pihak asing.
Farah menurut entri itu adalah satu ancaman keselamatan, gaya hidup mewah serta tabiat minum araknya adalah sesuatu yang tidak sesuai untuk tugasnya di Jabatan Perdana Menteri.
The Benchmark mendesak pihak Najib atas nama kepentingan negara mengugurkan Farah dan juga beberapa nama lain yang didakwa merosakkan PEMANDU daripada terus menjawat jawatan.
Ada lagi beberapa entri yang dilihat mengkritik PEMANDU kerana dikatakan lebih berharap kepada pakar rujuk sehingga terpaksa membelanjakan berjuta-juta ringgit sehingga ada satu pakar rujuk ditunjukkan dibayar hampir RM36 juta.
Pihak Jabatan Perdana Menteri dan PEMANDU diminta mengambil perhatian serius ke atas isu ini kerana luahan dan ketidakpuasan hati diluahkan oleh blogger adalah datangnya dari mereka yang pro-kerajaan sendiri.
Sumber Mynewshub.my
Hai ajib goh....camniker anak tun.....mmmmmm
BalasPadamMenyesal ku pangkah BN.Bini Najib ah jib gor.Barang Naik.Harapkan Pemandu Mabuk rupanya. Apa guna ahli kabenet kabenet dapur pemandu ada.Tak perlu undian pilih saja antaranya ketuat Hindraf. BN. KO.
BalasPadamAku rasa engko tak undi BN...guna reverse psiko ya....tak mudah nak tipu penyokonf BN tau..
PadamAyat copy n paste....Pas n PKR cai level
PadamNajib Have Gotta Leave Because PEMANDU Was His Baby So He Should Be Taken Responsible For All The Adverse Actions And Effect Occurred There, Be It Monetary Or Integrity.
BalasPadamBersihkan jabatan kerajaan dari unsur perosak ni.PEMANDU boleh belah dah banyak cerita dan tindakan PEMANDU yang merugikan orang-orang Melayu-Islam selama ini.
BalasPadamMasihkah pejabat PM nak diam lagi. jangan sampai rakyat bertindak. Maka ketika itu menyesal pun tak berguna. Kesian rakyat yang teraniaya akibat sikap dan perangai para pegawai PEMANDU yang menjadi kuda trojan mensabotaj dasar-dasar kerajaan.
Di saat blogger2 pro kerajaan dan rakyat yg menyokong BN bersusah menentang serangan red bean , macai2 melayu upahan dari PR ,para haram jadah duduk bermaharajalela dlm pjbt PM. Idirs jala berambus dan letak jwtn lah ! bubarkan PEMANDU tak guna ni ! MAKIN ROSAK MALAYSIA KALAU MUSIBAT2 INI DIBIARKAN BERKUASA LEBIH LAMA. wahai para blogger2 kerajaan , gunakan blogmu utk mendesak najib bubarkan PEMANDU ini dgn segera . kami rakyat yg sokong dan undi BN dah meluat !!
BalasPadamPeringatan kpd PM..jika ingin lihat pru14 bn masih ada kuasa pemerintahan khususnya umno..musuh sentiasa berada disekeliling..tapi kali jelas dimana bn sendiri benarkan musuh menyelinap masuk..jika tiada tindakan membuang musuh jangan pula selepas pru14 kata "apa lagi melayu mau"..
BalasPadamKekuatan seorg pemimpim sepatutnya lbh pd kebijaksaan yg ada pd diri sendiri...
BalasPadamAku harap pas kluar pakatan bole la aku undi pas nanti....
BalasPadamaku pun cam anon 3;02 gak..dan sebenanya ramai melayu yg begitu..silap besar pas join pakatan..undi pas sebenarnya byk yg ilang..termasuk aku yg 5 x sblm ni pangkah pas..
BalasPadamSALAM,DATO` NAJIB BILA LAGI NAK BERTINDAK ? KALAU TERUS DISIMPAN INDIVIDU-INDIVIDU TERSEBUT ALAMTNYA MAKA AKAN TERLUNGKUPLAH KERAJAAN BN.JANGAN SALAHKAN KAMI JIKA SUATU HARI NANTI KERAJAAN BN AKAN KALAH DALAM PRU !MAKA NASIHAT KAMI AGAR DATO` NAJIB BERANI MENGAMBIL TINDAKAN YANG SEWAJARNYA.
BalasPadamSALAM,DATO` NAJIB BILA LAGI NAK BERTINDAK ? KALAU TERUS DISIMPAN INDIVIDU-INDIVIDU TERSEBUT ALAMATNYA MAKA AKAN TERLUNGKUPLAH KERAJAAN BN.JANGAN SALAHKAN KAMI JIKA SUATU HARI NANTI KERAJAAN BN AKAN KALAH DALAM PRU !MAKA NASIHAT KAMI AGAR DATO` NAJIB MESTI BERANI MENGAMBIL TINDAKAN YANG SEWAJARNYA SEBERAPA SEGERA.
BalasPadamMINYAK NAIK BARANG NAIK SEGALA GALANYA NAIK!!!SABAR SAJA JANGAN MARAH JANGAN COMPLAIN JANGAN KUTUK KERAJAAN UNTUK TEMPOH 5 TAHUN INI KERANA KITA HIDUP DALAM DUNIA BN.....Na lepas 5 tahun baru buat lagi pilihan yang mana baik mana buruk..Pilihan ditangan anda sendiri..TEPUK DADA TANYA SELERA...
BalasPadamKorg smua macai bn..
BalasPadamBngang abadi..
Dh mcm2 brg nek dgn rosmah boros pn nk skong..
Dsar bngang abadi