Pages
▼
Ahad, 29 September 2013
INFO! Cabar Tuhan Nak Bertemu, Akibatnya?
Ini suatu kisah benar ~ Kejadian di Johor. Tempat dan nama-nama terlibat tak perlulah ditulis di sini. Jadikanlah kisah ini sebagai pengajaran untuk kita semua.
Sepasang kekasih dinasihat oleh keluarga dan kawan-kawan agar jangan kerap buat maksiat. Semua nasihat hanya dibalas dengan kata-kata perli oleh mereka berdua. Nak dijadi cerita semalam, terluncur kata-kata dari mereka berdua:
“Kalau Tuhan berani , meh kita jumpa.. Tengok siapa lagi kuat !” Sambil ketawa. Kedua-duanya gelak.
Kira-kira jam 11.30 malam (tanggal 16 sept 2013), mereka brdua berkenderaan motosikal memecut laju di lebuh raya tepi kampung kami. Tiba-tiba brdentum bunyi pelanggaran. Kedua-dua pasangn itu terpelusuk ke bawah lori 16 tayar.
Menurut saksi, mereka cuba memotong lori berkenaan tetapi ada kereta bergerak perlahan di depan, lalu terbabas ke lori semula.
Apa yang terjadi kepada mereka? Kedua-duanya digilis hancur oleh lori yang sarat dengan muatannya itu.
Menurut saksi, tidak ada satu bahagian dari badan kedua-dua yang tidak hancur. Yang dapat dicam hanya 4 batang tulang (kaki) yang dagingnya telah tiada langsung bagaikan dikikis habis.
Bomba yang mengutip mayat-mayat itu hanya dapat mengutip sisa-sisa itu dengan penyodok sahaja. Oleh kerana mayat-mayat mati berasingn, maka dapatlah diasingkn juga antara keduanya.
Di hospital, kedua-dua mayat dimandikan dalam tapis, bagai membasuh daging cincang, tiada jalan lain. Mayat itu kemudian dikafan bagai mengulung ‘kuih popia’ dan dikerandakan. Keluarga masing-masing dipesan supaya jangan dibuka lagi keranda itu.
Maka, telah ditanam hamba-hamba Allah yang sombong itu. Hamba-hamba yang begitu berani mencabar Allah! Wahai saudara-saudaraku, wahai hamba-hamba Allah, ambillah pengajaran dari kejadian ini. Na’uzubbillah! Inilah balasanNYA. Cash di dunia.
Dekat kg kawan tu.
BalasPadamAlhamdulillah Allah telah memberi balasan ketika di dunia dan di sakratul-maut. Semoga tiada lagi balasan di alam barzah dan seterus di akhirat kelak. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan mereka.
BalasPadamKita sebenarnya ada juga mencabar Tuhan tetapi tidaklah secara jelas dan terus. Seperti ambil pinjaman bank beriba misalnya - Tuhan dah larang kita buat juga. Atau tengok lutut lelaki waktu perlawanan bola atau melihat secara sengaja pinggul dan dada perempuan di astro. Tambah-tambah lagi macam saya yang kerap menggunakan internet. Payah nak elak.
Salam moderator....
BalasPadamterlebih dulu kita sedekah kan alfatihah kepada kedua dua simati. Sekiranya ada perkhabaran tersebut adalah sebaiknya kita bersangka baik dan jadikan pengajaran.
Saya adalah org yg berada di perkampungan berhampiran tempat kejadian. Cerita ini telah didengari dan keluar bukan dr muar tetapi cerita tersebut keluar dr sebelah kuala lumpur. Jadi sebaiknya tuan moderator delete maklumat ini yg mana boleh menimbulkan fitnah dan aib pada simati dan keluarga si mati. ....harap maaf .
Salam moderator,
BalasPadamSaya bersetuju dengan pandangan Anon 12:59. Maklumat itu telah menunding tepat kepada simati yang memamg boleh dikenali oleh masyarakat setempat tanpa persangka tetapi ceritanya belum pasti benar. Jika untuk tujuan pelajaran, tiada siapa sepatutnya yang boleh mengenali simati. Saya juga bersetuju dengan pandangan beliau supaya maklumat ini didelete. Mudah-mudahan kita semua terhindar dari fitnah.
Ada hadis ka buleh nungeng congek naik mutu bukan mahram?..molek tuan blog jagn delete buat pengajaran bg yg hidup supaya beringat selalu.
BalasPadam