Pages

Isnin, 9 September 2013

INFO! Kenapa Azalina Bertanding Ketua Wanita? #PemilihanUMNO



Langkah Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said menawar diri bertanding merebut jawatan Ketua Wanita UMNO dengan mencabar penyandang, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bertujuan memastikan kira-kira 200,000 bekas ahli Puteri UMNO tidak disisihkan daripada arus politik perdana negara.

Azalina yang juga bekas Ketua Puteri UMNO berkata, berdasarkan maklum balas dalam kalangan bekas ahli Puteri yang secara automatik menjadi ahli Wanita UMNO sebaik sahaja mencapai usia 35 tahun, kewujudan mereka dalam parti keramat itu seolah-olah tidak dihiraukan malah banyak ditekan kepimpinan cawangan atau bahagian.



"Bagi saya, peranan bekas ahli Puteri UMNO dalam tampuk kepemimpinan parti tidak harus diketepikan, malah kesinambungan mereka dalam parti perlu diberi perhatian supaya tidak terlepas kepada pihak lain terutama pembangkang. Tanpa kesinambungan, saya bimbang mereka akan 'disambar'.

"Dalam hal ini, saya amat mengambil berat soal kesinambungan Puteri UMNO kepada Wanita UMNO dan kita perlu terima hakikat peranan mereka akan tamat bila mencecah usia 35 tahun. Mereka dilatih sebagai 'tentera' dalam pilihan raya umum, jadi ini boleh menguatkan parti dengan apa saja peranan," katanya.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pengerang ditemui pemberita dalam majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pengerang, di Bandar Penawar, di sini semalam.

Dalam majlis yang dihadiri kira-kira 5,000 tetamu itu, Azalina turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak selain penyerahan sebanyak 1,500 bendera kepada penduduk tempatan sebagai menghayati bulan kemerdekaan.

Dalam pada itu, Azalina menegaskan, keputusannya bertanding bukan untuk mewujudkan kacau-bilau sebaliknya satu evolusi membawa kebaikan.

Katanya, pertandingan itu tidak sepatutnya menidakkan muka baharu kerana sokongan ditentukan oleh ahli yang bijak membuat pilihan.

"Jika dulu sistem kuota menyebabkan mereka memilih orang yang salah tetapi kini sistem pemilihan lebih terbuka. Apa yang saya miliki terutama pengalaman sekurang-kurangnya dapat membantu menguruskan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14," katanya.

Benar Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!
P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!