Pages

Rabu, 4 September 2013

INFO! Luahan Hati Yang Patut di Baca Bila Minyak Naik harga!


Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci Malaysia.

Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak mampu bayar.

Tapi...
Kita bising sebab janji tak serupa bikin.
Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen.
Memang kita berduit.
Memang kita berharta.

Namun,
jauh di pelusuk sana,
ada yang menghitung syiling.

Ada yang bekerja teruk terkontang kanting.
Mereka tak ada slip gaji.
Jauh sekali socso mahupun kwsp. Kerjanya keluar pagi balik dinihari.

Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga metropolis?
Hanya 20 sen?
Itu pun nak bising?
Kerja lah lebih kuat lagi?
Buatlah part time?
Beribadatlah lebih lagi?
Untuk dimurahkan rezeki?

Ya...
Sembang kalian sembang mereka yang berharta.
Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa.

Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada.
Motor buruk hanya tunggu masa.

Kerja lebih kuat dari si sarjana muda.

Kerja lebih ikhlas dari si phd mahupun master.

Hanya untuk mulut mereka sekeluarga.

Ya..
Mereka tak berharta.
Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.

Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas mereka?

Kalau itu sistem kehidupan.
Aku rela jadi bodoh dari kalian.Kerana aku taknak hilang perikemanusiaan.


McTheory:
Dikirimkan melalui email, oleh seorang hamba Allah..

5 ulasan:

  1. yang kaya orang kampong..bole juga kutip ulam-ulam, ubi kayu keliling kampong..orang bandar nak makan korek le dinding konkrit..

    BalasPadam
  2. menberi keinsafan..

    BalasPadam
  3. rakyat di dahulukan Ah jib gor naikan minyak 20 sen
    Kesannya tak besar TAPI semua melambung.
    Pemandu dan rosmah di dahulukan.
    Rakyat marhean yang melopong.

    BalasPadam
  4. Ape yg NajibRosmah buat CinaBeng jg akan untong. Skrg NajibBeng buka lorong naik minyak berganda2 utk CinaBeng mudahkan kerja kaut untung naik harga macam2. Alasan BESAR dipermudahkan NajibBeng!

    BalasPadam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!