Pages

Sabtu, 21 September 2013

INFO! Mukhriz Confident Menang Jawatan Naib Presiden UMNO! #MM4VP #BeraniBerubah


Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir merasakannya beliau mempunyai peluang untuk memenangi salah satu daripada tiga kerusi naib presiden Umno yang ditandinginya.

Berdasarkan perkiraannya, beliau mempunyai peluang 50-50 untuk menang.

"Secara teknikalnya ia 50-50 kerana ada enam calon.

"Saya rasa saya optimis dengan berhati-hati, tapi kena juga berkempen dan kena kenal seramai mungkin perwakilan dan terangkan kepada mereka kenapa saya buat ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan borang pencalonannya petang tadi.

Menjawab soalan wartawan, walaupun tiga penyandang sekarang dilihat seperti satu pasukan apabila hadir bersama menyerahkan borang mereka, Mukhriz tetap optimis dengan peluangnya.

Menurutnya, beliau sebenanrnya hanya perlu merebut satu daripada tiga kerusi naib presiden dan bukannya menewaskan ketiga-tiga mereka.

"Bukan niat saya untuk kalahkan semua orang. Hasrat saya cuma untuk menjadi salah seorang daripada tiga (naib presiden), dengan gandingan untuk membantu presiden dan timbalan presiden," katanya.

Beliau turut menjelaskan yang laluannya dalam politik dilakar beliau sendiri dan bukan bergantung kepada ayahnya Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Karier politik saya ada naik turun. Kalau orang kata saya proksi beliau, sudah tentu laluan politik saya mudah.

"Pertama kali saya tawar diri jadi ketua pemuda Umno Kubang Pasu yang beliau sendiri adalah ketua bahagian selama 35 tahun, saya kalah," katanya lagi.

Kedah juga turut menghantar 3 calon ke kerusi Majlis Tertinggi dan dua wakil bertanding Naib Ketua Wanita dan Puteri.

YB Sabrina calon Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia Calon No 5

YB Suraya calon Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia

Jangan lupa untuk mengundi calon-calon dari Kedah yang akan membuat perubahan besar di dalam organisasi UMNO.

Taruhan terbaik dari Kedah untuk masa depan UMNO sendiri!

McTheory:
Bersedia untuk Berani Berubah?

2 ulasan:

  1. Yang masuk bertanding ni ... Kalau niat nak jadi kaya... Tak payahlah ... Tapi kalau niat nak berjuang untuk org melayu baguslah. Org yg dok bahagia di Kulim ... Yg dengagnya ambik project majlis daerah Kulim banyak pun masih berkuasa dlm umno ... Maka susahlah org nak suka
    ... Masuk umno nak jadi kaya ....

    BalasPadam
  2. Kita punya impian mesti tercapai
    Berkuasa seperti nakhoda kapai
    Tok sah bimbang kalu tak pandai
    Semua kat ataih daddy dah kawai

    Jawatan MB saja mana nak jadi
    Takat berkuasa di jelapang padi
    Nak naik atas kena berani perjudi
    Masa nie la tumpang ada daddy

    Dia tu nak naik tak kan nak biaq
    Kok mana cagha kita kena ikhtiaq
    Pasai UMNO tok sah dok pikiaq
    Biaqlah kalau nak kucaq kaciaq

    Kenalah cepat potong si polan
    Lagi sekali bertanding timbalan
    Mana boleh kalu naik pelan-pelan
    Tak sempat kot nanti daddy jalan

    Kena pulun cepat naik takhta
    Tok sah peduli apa orang kata
    Ini hal peluang kuasa dan harta
    Kepentingan nama family kita

    BalasPadam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!