Pages
▼
Sabtu, 28 September 2013
PANASS!! Anak Allahyarham Ustaz Azizan PUKUL Polis di Hospital!
Rupa-rupanya ada insiden buruk yang berlaku sewaktu bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak menghembuskan nafas yang terakhir di atas katil wad di Hospital Sultanah Bahiyah semalam. Insiden yang memberikan gambaran atau imej buruk kepada ahli keluarga Azizan Abdul Razak itu, pastinya akan menjadi titik mula kepada perubahan pemilihan calon-calon di DUN Sungai Limau dalam PRK yang bakal diberikan tarikhnya oleh SPR sebaik-baik sahaja menerima notis daripada Speaker DUN Kedah berhubung kematian Azizan.
Kalau mengikut blog Kedahan, Insiden tersebut berlaku, lebih kurang pada pukul 11:55 pagi pada waktu Ustaz Azizan baru meninggal dunia, apabila seorang anggota polis dari IPD Kota Setar telah ditugaskan ke bilik Wad ICU. Anggota polis berkenaan telah diarahkan untuk memantau dan merakamkan gambar-gambar yang berkaitan di situ.
Anggota polis tersebut telah menjalankan tugasnya sepertimana yang diarahkan, termasuklah merakamkan gambar-gambar pemimpin-pemimpin yang datang berziarah termasuklah pemimpin-pemimpin politik.
Hal tersebut sampai ke pengetahuan salah seorang anak Allahyarham dari isteri pertamanya.
Selesai menjalankan tugasnya, anggota polis tersebut keluar dari Wad ICU serentak dengan ketibaan Menteri Besar Kedah, Dato Paduka Mukhriz Mahathir. Ketika dia melangkah keluar, anak lelaki Allahyarham Azizan telah menerpa dan memukul kepala serta menendang anggota polis tersebut berulang-ulang kali.
Berlaku pergelutan yang turut membabitkan beberapa orang penyokong PAS. Anggota polis tersebut tidak melawan memandangkan ianya berlaku di pintu masuk utama, ditambah pula dengan keadaan sesak serta kehadiran Menteri Besar Kedah yang ingin menziarahi jenazah.
Seorang bekas pengawal peribadi dan anggota polis yang dikenali dengan nama Shahril telah cuba meredakan pergelutan dan pertelingkahan tersebut. Bersama-sama anak Allahyarham Azizan, Shahril telah memaksa anggota polis berkenaan dengan nada tinggi agar memadamkan kesemua gambar yang telah dirakamkan dengan menggunakan telefon tangan berjenama Sony XPeria Miro di hadapan khalayak ramai.
Setelah gambar-gambar tersebut dipadamkan, anggota polis tersebut bersama-sama seorang detektif telah meninggalkan pekarangan hospital bagi mengelakkan kekecohan yang lebih besar.
Anggota polis tersebut akhirnya membuat laporan polis bagi mempertahankan dirinya.
Sebagai anggota polis yang sedang menjalankan tugas, sepatutnya anak lelaki Allahyarham Azizan lebih memahami dan tidak berhak memukul anggota polis terbabit. Sebaliknya dengan menggalas nama besar Allahyarham bapanya yang merupakan pemimpin yang disegani baik lawan mahupun kawan, seharusnya memadai dengan teguran dan permintaan agar tiada gambar yang dirakamkan dalam wad berkenaan.
Tindakan samseng sebegitu, tidak akan memberikan sebarang penyelesaian. Barangkali anak lelaki Allahyarham Azizan yang terlibat dalam insiden tersebut tidak pernah tahu bahawa, Allahyarham bapanya adalah bekas pemimpin negeri.
Justeru, sebarang langkah keselamatan perlu diambil oleh pihak berkuasa, terutama sekali polis. Rakaman gambar yang dibuat, bukan untuk diletakkan dalam album, sebaliknya sebagai rujukan seandainya berlaku sebarang masalah sepanjang tempoh jenazah berada di wad sehinggalah dikebumikan.
Malangnya, kalau dah namanya orang PAS, mereka bukan sahaja sombong dan bodoh, bahkan berlagak samseng seolah-olah tiada undang-undang yang boleh menakluki diri mereka!
Gangster 666 ke
BalasPadamAllahyarham DS Azizan mantan MB tidak seperti anaknya.
BalasPadamAdalah satu kesalahan jenayah bagi orang yg mencederakan kakitangan awam yg sedang menjalankan tugas dibawah Kanun Keseksaan ia itu dibawah sek 353 kanun tersebut. Saya anggap polis bacul jika tidak menangkap dan menuduh orang berkenaan diMahkamah.Mari tengok polis ade telor ke tidak.
BalasPadamMemang begitu kalau dilihat dari peraturan, tetapi kalau dilihat dari segi kemanusiaan barangkali berbeza. Pada saya polis tersebut sangat profesional kerana tidak mengambil tindakan serta-merta pada masa itu yg akan pasti menimbulkan kekecohan dan ini akan diambil peluang oleh pihak2 tertentu.
PadamMemang begitu kalau dilihat dari peraturan, tetapi kalau dilihat dari segi kemanusiaan barangkali berbeza. Pada saya polis tersebut sangat profesional kerana tidak mengambil tindakan serta-merta pada masa itu yg akan pasti menimbulkan kekecohan dan ini akan diambil peluang oleh pihak2 tertentu.
PadamBetul tu. Kekadang manusia ni tak berfikiran panjang, semua cepat nak menjatuhkan hukuman mcm dia org ada undang2 sendiri. Nanti klu tak tangkap katanya bacul, bila ditngkap katanya polis zalim dan tak berperikemanusian. Kami sebagai penjawat awam kekedang tu selalu dalam dilema, tetapi disebab kat negara ada undang2 dan atas tanggungjawab kami rela dimaki dan di cemuh demi untuk nega ra.
PadamMemalukan arwah bapa je
BalasPadamYang penting kite nak lihat tindakan susulan polis terhadap mangkok tu.Jangan senyap. Take follow up action immediately.Show to the world you re policemen and not cowards.
BalasPadamTAK SANGKA AZIZAN MEMPUNYAI ANAK SETOLOL DAN SEBODOH ITU....DAH LAH BODOH SOMBONG PULA...KITA TAK PAYAH AMBIL PORT LA BUDAK HINGUSAN TUH....LAGI PUN BAPA DIA PUN TAK LAH SEHEBAT MANA PUN DALAM MENTADBIR DULU PUN.....HABIS JAHANAM NEGERI KEDAH TERMASUK TASIK PEDU....TAPI SEBAGAI ORANG ISLAM KITA TETAP HORMAT BAPA NYA SEBAGAI INSAN SEAGAMA APATAH LAGI DI TELAH DIPANGGIL ILLAHI....DIA TETAP SAUDARA KITA DUNIA DAN AKHIRAT...TAPI SAYANG ANAKNYA DAH LEBIH SUDU DARI KUAH..DAH RASA HEBAT SANGAT...DAH RASA BESAR SANGAT...DAH RASA BIJAK SANGAT....YANG JADI MB KEDAH TU BAPAK KAMU....DAN BUKAN KAMU...ITU PUN DIPILIH RAKYAT BUKAN KERANA KEBOLEHAN DIA.....LAIN KALI GUNA OTAK SEBELUM BERTINDAK.
BalasPadamSayang sekali ustaz azizan Ada anak bertaraf sial dan anjing.
BalasPadamJangan salahkan anak seratus peratus, tapi salah juga siapa yg mendidiknya jadi begitu. Bukannya tak kenal, pas mengajar rakyat jadi kurang ajar...
BalasPadamHihi..ak lawak baca komen2 kat atas..aku rasa yg komen tu lagi bodoh dari anak beliau..1.anak beliau memukul polis bg menjaga maruah bapanya agar gambar kematian x tersebar..2.salah polis kerana tak memaklumkan kepada pihak keluarga tentang tugasnya ketika itu..3.kalau dah nama pon bertugas..knapa x melawan bila dipukol?lembik gila polis malaysia..hahahaha
BalasPadamKalau x silap aku pihak keluarga sudah memaklumkan larangan keras supaya gambar x diambil..x kira la polis ka sapa ka..x da hak utk amek gambar kecuali atas keizinan...kalau mengikut hukum...HARAM mengambil gambar simati tanpa KEIZINAN keluarga...sepatotnya polis tu memahami perasaan ahli keluarga yg baru kehilangn bapa...napa kalut sgt nak tgkap gambar??atau ejen upahan pihak tertentu???
BalasPadamini zaman moden....lain kali pakaimlah spy cam
BalasPadamrasanya dah bg tahu kot kat situ yg mmg xboleh ambil gambar, terang terangan, jgn pandai sgt nak kata ank ustaz tolol ka apa ka..hangpa tahu buat cerita panjang lebar ja..fitnah tu lebih teruk drpd membunuh,kalau betul polis tu nak ambil atas sebab kerja, xdak sapa pun bg tahu kat family, hellooooo..ini bukan kemalangan ok sampai pihak polis nak ambil gambar.xpa, kita tgk sapa yg salah.
BalasPadamSaya juga kakitangan awam yang bertugas di unit kecemasan sebuah hospital. Dalam unit kecemasan adalah dilarang sama sekali menangkap gambar . Namun tidak ramai tahu akan perkara ini dan sering mengabaikannya. Saya tidak nampak di mana rasionalnya gambar gambar simati dan pengunjung diambil. Walaupun ia berlaku bukan di unit kecemasan (mungkin di dalam wad atau di unit forensik), tetapi perasaan ahli keluarga perlu diambil kira. Adakah anda telah mendapat keizinan ahli keluarga untuk menangkap gambar? Ini bukan majlis kenduri kahwin atau pesta keramaian sehingga anda boleh sesuka hati mancabul hak privasi orang lain. Tidak ada rasa sensitivitikah? Alasan anda ditugaskan untuk berbuat begitu tidak boleh diguna pakai. Bayangkan ayah atau ibu awak meninggal tiba tiba ada orang asing menangkap gambar simati. Bukan sekali tetapi berpuluh2 kali ibarat jurugambar profesional. Oleh itu fikir fikirkanlah. Jangan menjadi seperti lembu yang dicucuk hidung. Fikirkan apa rasional nya anda mlakukan satu2 perkara itu. Hidup ini tidak boleh terlalu lurus mengikut sahaja kata kata bos(majikan) anda tanpa berfikir tujuan kita melakukan perkara tersebut. Fikir fikirkanlah . .
BalasPadamkalu nk dilihat kepada keadaan atau situasi anak kapada mantan MB negeri Kedah nie,.rasenya kalu semua orang kat tempat dia pom akan buat benda yang sama jgk,.xsepatutnya polis 2 dtg n tngkap gmbar arwah. ap motif sbnar dia buat mcm 2,.kematian arwah ad kne mngena ngan polis ke?? kita pun bole tngok dkat si2,.berani kerana benar, takot kerana salh(polis x melawan balik) kepada org2 yg komen di ats, perlu ke sampai nk mencarut-carut,.mana budi bahasa kita sbgai rakyat Malaysia,.n satu lagi,. lagipun arwah dah meninggal, jadi sebutlah benda yang baik2 yang beliau pernah buat(rasenye bnyak). ingat senang ke nk jadi seorg pemimpin,.hanya orang yg terpilih sahaja yg layak,.
BalasPadamNak amik gambo... mintakla izin dulu, org dalam keadaan sedih, bercelaru, tertekan dan macam macam lagi memang cepat marah. Lagipun tak perlu polis nak amik gambo curi curi macam tu pun.. silap sendiri...
BalasPadampage macai ni bugima nye macai otak mcm lembu shahrizat jgak
BalasPadam