Pages
▼
Ahad, 15 September 2013
PANASS!! Apa yang Menarik Dalam #PemilihanUMNO Pada Kali Ini?
Ramai bercakap mengenai pemilihan, pemilihan UMNO, kalau di bahagian dan cawangan pun panas, apa tah lagi di UMNO pusat. Berebut-rebut orang yang rasakan dirinya layak mengambil borang untuk bertanding. Takpa, UMNO ni demokrasi, sesiapa rasa diri boleh jadi pemimpin, silakan bertanding jawatan yang anda suka.
Paling menarik bila jawatan Exco Pemuda UMNO Pusat dikatakan lebih 170 orang mengumumkan bertanding. Wow! Paling ramai dalam sejarah UMNO ni. Kertas undi nanti kena buat buku, kalau tak mana nak cukup nak letak nama dan muka nak mengundi ni.
Pelik kan bila terlalu ramai merasakan diri mereka tu layak untuk jadi Exco Pemuda UMNO. Setakat ni yang Mc kenal cuma Ustaz Fathul Bari (Perlis), Jeffrizal (Selangor), Azrinizam (Perlis), Zed Zaidi (Artis), Nazir (Pertahan Exco) dan Rocky KCD (Selangor), yang lain tu entah Mc tak kenal pun. Malah dari Kedah pun ada yang nak bertanding Exco ni, tapi duduk bawah tempurung, dengan blogger dan geng media sosial Kedah pun tak berkawan, mana orang nak kenal, apatah lagi nak menang.
Kemudian kita tengok pulak calon Naib Ketua Pemuda UMNO. Buat masa sekarang cuma Jamawi, Azwan Bro dan Lokman Adam, yang lain cuma cakap saja nak bertanding tapi mungkin sekadar khabar angin.
Tapi diantara 3 orang ni, Lokman paling laju. Mungkin Lokman senang memberi maklumat dan mahu bekerjasama dengan jenteranya kot. Jamawi bagus, cuma macam takmau menang, pergerakan slow dan terlalu berhati-hati kalau nak dibandingkan dengan Lokman dan Azwan.
Ketua Pemuda UMNO pulak hanya Khairy yang berniat untuk pertahankan. Dengar ada orang nak cabar, tapi hanya cabar dari jauh, dekat-dekat tak berani. Paling lantang laung nak cabar ialah Razman Hakimi, kata nak lawan Khairy, namun mungkin hanya desas-desus saja, sebab hingga sekarang tuan punya badan masih tidak memberi jawapan.
Sayang sungguh bila tiada siapa pun berani nak lawan Khairy. Takdak orang berani nak lawan KJ ke? he he..
Mc pula kagum dengan 4 wakil Pemuda UMNO ke kerusi Majlis Tertinggi, tabik spring pada Tun Faisal, Dato Razali Ibrahim, Datuk Seri Reezal dan Dato Sohaimi. Masa untuk remajakan UMNO sudah tiba, 4 orang wakil pemuda ni patut dan wajib duduk di kerusi MT.
Sebab ada sesetengah pemimpin yang duduk di kerusi MT ni tak relevan pun. Kadang-kadang kita tak kenal, malah tak perasan bahawa dia wakil kita di MT. Kalau sampai macam tu sekali, rasanya lebih baik la undur diri dan balik tidur dalam rumah diam-diam, bagi orang muda pulak buat kerja.
Bila selesai dengan MT kita lompat ke kerusi Naib Presiden UMNO. Presiden UMNO kata, nak kekalkan ketiga-tiga Naib Presiden, iaitu Zahid Hamidi, Hishamuddin dan Shafie Apdal. Bagi Mc dan kawan-kawan yang bersependapat dengan Mc pula mahu kerusi Naib Presiden UMNO diuji.
Menteri Besar Kedah yang baru Datuk Paduka Mukhriz Mahathir dikatakan calon yang mahu mencabar kerusi Naib Presiden, disamping Isa Samad dan Ali Rustam.
Bab Isa Samad dan Ali Rustam tu.. mungkin mereka saja nak test power kot.
Kalau kita nak remajakan UMNO dan membuat perubahan, sudah tentu kerusi Naib Presiden perlu dibuka dan dipertandingkan. Seharusnya tidak ada sekatan dari pihak atasan.
Mc faham, ada pihak tidak mahu UMNO berpecah, kononnya bila bertanding Naib Presiden, akan ada pepecahan dalam UMNO. Betul ke? Rasanya cukuplah jawatan Timbalan dan Presiden tidak dipertandingkan. Tapi Naib Presiden kita perlukan perubahan.
3 Naib Presiden kita sekarang umurnya lebih dari 60an.Tak rasa macam dah tua ke? Tak akan jadi slogan 'Remajakan UMNO' jika diperingkat tertinggi tidak ada langsung wakil orang muda.
Oleh itu bagi pendapat Mc dan rakan-rakan yang bersependapat, tentunya mahu kerusi Naib Presiden dipertandingkan. Jangan ada sekatan atau arahan dari atasan. Belum pun ada orang umum nak bertanding, ketiga-tiga Naib Presiden dan mula rasa goyang.
Bertandinglah secara adil. Bertanding untuk uji kekuatan diri. Sebab ahli UMNO semua memerhati kerja yang anda buat. Tak guna berkempen 'bagai nak rak' kalau dulu semasa PRU tak buat kerja. Mc percaya ahli akar umbi hanya akan memilih jika individu tersebut benar-benar layak memegang jawatan tersebut.
Waktu ni la kita nak ganti yang 'patut direhatkan' dengan tenaga baru. Betul?
McTheory:
UMNO perlu kekuatan baru untuk terus kuat!
Pemilihan kali ini dengan tak semena-mena Giat Mara pun jadi kuda tunggangan juga.Pengerusi dia kempen sanma bos dia.
BalasPadamDulu Giat Mara tumpun kerja dia sahaja.
Kerja sejemput riuh sekampung.UMNO bila lah nak berbuah.
Inilah yang memnuatkan rakyat makin menyampah.
Bila musim gila jawatan habis ceruk kampoung masuk.Lepas dapat jawatan muka Pengerusi atau Menteri pun hilang Bila rindu tengok wajah di surat khabar.
Para jemputan pula cuma jemput perwakilan dan ketua cawangan sahaja.Orang lain tak penting sebagai rakyat dan pengundi.
Sudahlah Giat Mara tumpulah bidangnya dahulu.
NaMpak sangat budaya UMNO bila musim pemilihan tumpuan siang malam pada yang boleh beri undi sahaja.
Bila Pilihanraya kalah juga.
Naib x payah btanding untk selamatkn sepupu yg amat beribawa..tu alasan yg tepat sakali..keke
BalasPadamNaib x payah btanding untk selamatkn sepupu yg amat beribawa..tu alasan yg tepat sakali..keke
BalasPadamSaya beri AMARAN KERAS jawatan naib presiden jangan dipertandingkan..nanti sy mengadu sama abg sepupu br tau
BalasPadamSaya beri AMARAN KERAS jawatan naib presiden jangan dipertandingkan..nanti sy mengadu sama abg sepupu br tau
BalasPadamSaya beri AMARAN KERAS jawatan naib presiden jangan dipertandingkan..nanti sy mengadu sama abg sepupu br tau
BalasPadamSebagai pemerhati saya sangat sangat bersetuju jawatan naib presiden dipertandingkan,tidak timbul perpecahan disini kan mereke smua adalah matang.Just make it a fair play
Padam