Terkejut juga Mc apabila Pas mengunakan sentimen anak buah Azizan untuk memperkenalkan si Azam Pengarah Pasti Yang Tak berjaya tu. Pas tak ada modal lain, selain mengagung-agungkan Allahyarham, kononnya seolah Pas sememangnya BAIK BENOR dengan Allahyarham Ustaz.
Semua orang tahu, cerita disebalik kepimpinan Pas Kedah yang huru hara disebabkan ramai yang gila kuasa. Kalau yang belum pernah baca, mai Mc nak ingatkan balik kisah apa yang di Kedah sebenarnya.
Bukan kerana UMNO bagi tekanan kepada Allahyarham Ustaz, tetapi dalaman Pas yang haru-biru membuatkan Allahyarham Ustaz Azizan susah hati dan jatuh sakit. Cerita kat bawah ni bukan Mc yang tulis, tapi bekas SETPOL beliau.
Baca kat bawah ni,
Aku menemani Ustaz Azizan di KMC setelah beberapa hari tak bertemu kerana urusan kempen pilihanraya. Beberapa kali dia berpesan kepada rakan-rakan untuk menghubungi aku yang agak sibuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Pengarah MTD DUN Jeneri (aku adalah Timbalan Pengarah 1 sebelumnya, terpaksa memangku pengarah yang dilantik sebagai wakil calon). Kami hanya berhubung melalui telefon. Dia foward beberapa sms dan nombor telefon yang memaki hamunnya sebelum dan selepas calon-calon dimuktamadkan. Aku ber istighfar dan meminta dia terus bersabar. Dia sudah buat yang terbaik untuk negeri, rakyat Kedah dan parti. Tak ada apa perlu dikesalkan.
Beberapa kali dia merungut... "Depa tak mau dengar cakap kita dah. Susunan dan cadangan kita diredah tanpa merujuk kepada kita lagi. Semua orang boleh membuat keputusan untuk PAS Kedah. Kita di Perhubungan Negeri sudah tak ada kuasa apa- apa. Pesuruhjaya ada ramai di Kedah ni". Saya hanya mendengar dan menyelami keresahannya. Seorang Pesuruhjaya tanpa kuasa di saat keputusan-keputusan besar perlu dilakukan.
Ramai orang lama PAS Kedah datang dengan rombongan mereka dari kawasan -kawasan untuk memohon dikekalkan atau diganti calon-calon tertentu dengan alasan yang tersendiri, Ustaz Azizan sudah letih melayani. Katanya" Hampa kata hampa, yang aku cadang pun depa buang, depa langgaq ikut suka depa, nak suruh aku pertahan hak hampa cadang lagu mana. Hampa pi lah ke pejabat agong, aku sudah tak buleh buat apa-apa."
Setelah keputusan PRU diumumkan, barulah saya berkesempatan bertemu dengannya, itupun dia sudah di KMC, mengadu sakit kaki dan demam. Kali pertama mengunjunginya pada Isnin, dia sedang menjalani prosedur rawatan di ICU, saya pulang jam 6 petang, setelah menunggu 2 jam. Salur darah di kakinya tersumbat.
Esoknya, saya dimaklumkan oleh anaknya Mohamad Rafie, ayahnya mungkin dirujuk ke IJN dengan kondisi kesihatannya yang tidak didedahkan. Saya masuk menemui Azizan di ICU KMC jam 2 petang, dia mengalirkan air mata setelah saya mencium tangannya yang sedang terbaring. Saya tak mampu menahan lelehan airmata yang makin laju. "Sik macam mana dah? Aku tau hang pulun nak bagi menang jugak, tapi ni semua takdir Allah. Kita terlepas satu beban yang sangat besar. Hang bayangkan kalau kita menang, dan aku ada dalam wad, tentu kacau bilau lebih besaq daripada awal 2012 hari tu". "Tak pa lah Ustaz, tok sah dok pikiaq pasai politik lagi, kita berubat bagi lega dulu". Aku jawab perlahan memujuknya.
"Kaki aku kebas, tak rasa apa-apa. Hang angkat aku sat, aku nak pi bilik ayaq". Sejak beberapa bulan terakhir, terutama ketika dia mengadu tentang calon-calon PAS Kedah, tekanan dalaman parti, sikap rakan-rakan parti, caci maki melalui SMS yang diterimanya, saya sering sebak dan buntu. Apa lagi yang tak kena, apa salah aku apa dosa kita... Dia merungut. Tak ada siapa mai habaq dosa apa yang aku buat, main hentam jauh- jauh saja. Mai lah cakap depan aku, apa salah aku. La ni semua pi panjat tangga Pejabat Agong, kita di negeri dah tak laku. Biaq depa jawablah.
Beberapa kali dia menyatakan pada waktu ini PAS memiliki terlalu ramai pencatur politik ( munawarah al-siasiyah) dan kita ketandusan Al-Murabituun dalam jemaah. Saya hanya mendengar dan membayangkan masa depan parti yang kian mencabar. "Hang talipon bagitau Cikgu Pa, tanya dia aku nak lepas jawatan Pesuruhjaya, minta pandangan dia, nak letak la ni ka atau lepas muktamar"? Sambung Baca SINI
Kat bawah ni satu lagi bukti, betapa teruknya puak Pas ni, sanggup kutuk Allahyarham Ustaz walaupun Allahyarham sedang sakit teruk!
Itu cerita apa yang terjadi sewaktu PRU yang lepas. Sebelum tu kita jangan lupa bagaimana si Phahrolrazi memanggil Allahyarham Ustaz Azizan dengan panggilan 'MB tiga selinder'. Puak Pas Kedah juga pernah berdemo membantah Allahyarham Ustaz dari terus menjadi Pesuruhjaya Pas. Malah membuat sidang media memaki hamun pentadbiran beliau.
Kami TMK juga pernah bongkarkan bagaimana puak Pas Kedah memaki hamun Allahyarham Ustaz dalam group mereka, dan berdoa supaya Allahyarham Ustaz cepat meninggal. Sebenarnya banyak lagi dosa puak Pas Kedah dan Pas Pusat buat pada Allahyarham Ustaz. Malah Allahyarham Ustaz pernah dipaksa menerima 'PEMANDU" dari Pas Pusat untuk menjaga pentadbirannya di Kedah, atas tekanan musuh politik dalaman Pas sendiri.
Apakah itu cara Pas menyanjung seorang pemimpin? Kini mereka berubah pulak, kononnya mereka hargai dan sanjung Allahyarham Ustaz? Penduduk Sungai Limau kenal dengan Allahyarham Ustaz, dan menganggap Allahyarham Ustaz sebagai pemimpin ulung. Tetapi puak Pas Kedah ramai yang berpura-pura dan menjatuhkan Allahyarham Ustaz.
Mahukah penduduk Sungai Limau menyerahkan kuasa pada musuh yang menyebabkan 'kematian' Allahyarham Ustaz?
McTheory:
Penduduk Sungai Limau patut protes pada Pas.. dan serahkan Sungai Limau pada BN!
PAS Laknatullah.. xhenti2 dgn sifat MUNAFIK dan PENIPU, bangsa yg tak reti malu dgn dosa dan keburukan sendiri dpt Bangsa Yahudi Laknatullah..
BalasPadamKita lihat.. sikap PAS..
Bila Almarhum Ust Azizan masih ada mereka doakan spy cepat mati (lebih jahat ada pemimpin PAS yg ucap 'cpt MAMPUIH'-bahasa kasaq di Kedah). Termasuklah yg digelar Dewan Ulamak PAS Kedah- Pak Long Zainal Asri.. amboi2 bkn main dipuji julang.. tp akhlak kotor sama shj dgn pencacai PAS lain.. org ini juga bkn main mengutuk Almarhum Ust Azizan..
Tapi la ni..
Tp bila bab nk untung.. nk tamak kuasa.. depa cpt nak pakai kelebihan Almarhum Ust Azizan pula. puak PAS ni boleh berlakon MUNAFIK sgguh2. Penuh kepura2an memuji2 dan mengagungkan Ust Azizan slp beliau telah tiada.
Begitu jg bagaiman Setpol Ust Azizan-Sanusi di maki, mahu disepak terajang oleh pencacai PAS bila Ust Azizan menyatakan 'lega' PAS tk menang di Kedah.
Setan2 mula mengmauk dlm PAS, Begitu marah mereka dg statement2 mcm tu. mereka rasa tk boleh terima, dan menggila dgn kuasa utk menang. akhirnya Allah tnjuk bahawa pemimpin mereka sndiri takut dan tidka mahu PAS menang krn kemaksiatan dlman mereka sendiri.
Itulah PAS, parti yg tkpernah sedar diri bahawa mereka telah jauh dr Agama. Islam terkikis perlahan2 dr parti yg lagak angkuh ini..
Usah lah membuat sentimen lihat kalimah Allah SWT dgn kaitan kematian seseorng tnpa bukti jelas, tp pd masa yg sama xhenti2 menghina org yg mati itu, menghina kalimah Suci Allah SWT.. apa ini?