Siapa tak kenal dengan Tun Dr Mahathir, bahasanya yang sinis dan sindiran tepat sentiasa dikenakan terhadap wartawan yang mengajukan soalan yang bukan-bukan.
Itulah yang terjadi apabila wartawan mengajukan soalan mengenai Kajian Merdeka Center yang menunjukkan populariti Tun Dr Mahathir Mohamad mengatasi pemimpin Umno pada masa ini mengejutkan mantan Perdana Menteri itu.
Pemimpin yang paling lama menerajui negara itu mengucapkan terima kasih kepada badan kajian itu sambil berseloroh mahu menjadi Perdana Menteri sekali lagi.
"Saya nak jadi PM lagi sekalilah. Terima kasih beritahu hasil kajian itu. Saya tak baca," katanya kepada pemberita di Subang Jaya hari ini.
Apabila diberitahu kajian itu dijalankan oleh Merdeka Center, sambil berseloroh beliau berkata: "Saya yang memberi dana kepada mereka."
The Malaysian Insider hari ini melaporkan kajian Merdeka Center mendapati populariti Dr Mahathir mengatasi pemimpin Umno pada masa kini dengan mendapat undian sebanyak 79 peratus mengalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (69%), Tan Sri Muhyiddin Yassin (54%) dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (58%).
Tun pernah menjadi PM, jadi tak salah beliau memberikan pendapat / cadangan pd PM yg baru... Walau sebijak mana kita, kita masih perlukan tunjuk ajar dari org yg lebih berpengalaman, itu tak salah dan lebih baik / bagus. Yg baik jadikan panduan utk diikuti, dan jgn sekali2 merasa diri kita dah sempurna walaupun dah ada PHD ke...
BalasPadamCayalah Ayahanda Tun..
BalasPadamta perlu buat perbandingan , ayahanda Tun seorang pemimpin yg awesome!
BalasPadamPenghormatan sepanjang hayat buat ayahanda tun..
BalasPadam