Pages

Rabu, 2 Oktober 2013

INFO! Cerita Menarik Tentang Mukhriz Mahathir yang tak pernah anda tahu! #BeraniBerubah #MM4VP



Di dalam dunia ini tiada yang mustahil. Sesuatu yang mungkin kita tertanya-tanya adakah Datuk Muhkriz Mahathir benar-benar bersih? Dan adakah apa saja yang diceritakan orang tentang Datuk Mukhriz adalah satu metafora indah yang sengaja diada-adakan bagi membantu menyakinkan orang lain bahawa Datuk Mukhriz adalah benar-benar berwibawa?

Dari kacamata penulis di dalam Kedahtimes, apa yang ingin disampaikan di sini adalah apa yang benar. Bukan penulis sendiri yang secara peribadi tetapi juga melalui kenalan beliau yang juga merupakan salah seorang yang banyak membantu perjuangan Datuk Mukhriz di peringkat cawangan. Walaupun hanya di cawangan. Sejarah Datuk Mukhriz Mahathir di dalam politik UMNO ini dibawakan khas bagi mengukuhkan lagi beberapa pernyataan Datuk Muhkriz Mahathir bahawa beliau masuk ke dalam UMNO bukan secara mudah. Dan sejujurnya, Bersih itu adalah sesuatu yang benar-benar berharga. Mari kita ikuti sejarah Datuk Mukhriz seperti mana diceritakan oleh Ketua Cawangan Jitra, Bahagian Kubang Pasu. Encik Norsaid Yusuf. (gambar)

TAHUN 2000
Datuk Muhkriz Mahathir menjadi ahli UMNO cawangan Jitra pada tahun 16.10.2000. Beliau di bawa masuk oleh Bendahari UMNO Bahagian Kubang Pasu pada waktu itu iaitu Shahabudin Yusuf. Kemasukan beliau hanyalah sebagai ahli biasa, atas kehendak Datuk Mukhriz Mahathir sendiri dan setelah mendapat restu dari ayahnya, Tun Mahathir Mohammad yang pada masa itu adalah Presiden UMNO. Antara kata dua Tun kepada Datuk Mukhriz ialah,
‘You boleh masuk UMNO tetapi sebagai ahli biasa sahaja. Tidak dibenarkan memegang apa-apa jawatan dalam UMNO samaada di cawangan mahupun di bahagian.’

Ketua Cawangan Jitra pada waktu itu ialah Hasanudin.


TAHUN 2003
Pada tahun ini, karier politik Datuk Mukhriz Mahathir mula bergerak setelah 3 tahun statik sejak menjadi ahli. Itupun setelah kata dua Tun terhapus dengan sendirinya setelah Tun bukan lagi Perdana Menteri Malaysia.

Datuk Hishamudin Tun Hussien Onn adalah individu pertama yang menarik Datuk Mukhriz Mahathir ke dalam UMNO secara serius iaitu dengan meminta/menyuruh Datuk Muhkriz Mahathir bertanding sebagai Ketua Pemuda Bahagian Wangsa Maju.

Datuk Mukhriz Mahathir menyatakan bahawa apa-apa keputusan bertanding perlu mendapat kebenaran dari Tun Mahathir Mohammad yang ketika itu sudah tidak lagi memegang apa-apa jawatan dan Datuk Hishamudin memaklumkan bahawa beliau sudah memaklumkan pada Tun Mahathir dan Tun memberi kebenaran tersebut.

Datuk Muhkriz Mahathir menyatakan hasrat dengan tegas bahawa sekiranya beliau bertanding, beliau menetapkan untuk bertanding di tempat lahirnya. (Kubang Pasu).

Datuk Mukhriz Mahathir balik ke Kubang Pasu dan berbincang dengan Norsaid Yusuf yang ketika itu sudah menjadi Ketua Cawangan Jitra dan beberapa rakan yang lain dan membuat keputusan secara serta merta untuk bertanding sebagai Ketua Pemuda Kubang Pasu. Kiranya tanpa memegang apa-apa jawatan baik AJK Pemuda Bahagian dan sebagainya, Datuk Mukhriz Mahathir nekad untuk jawatan ketua pemuda Bahagian.

Pada tahun ini juga, Datuk Mukhriz Mahathir mula memegang jawatan pertama dalam UMNO iaitu sebagai Naib Ketua UMNO Cawangan Jitra.

Keputusan berani mati tersebut tidak memihak kepada Datuk Mukhriz Mahathir di mana beliau kalah kepada Datuk Zulkifli Che Ros dengan majoriti undi sebanyak 8 undi kepada Datuk Zulkifli.


Dua faktor utama punca kekalahan Datuk Mukhriz Mahathir ialah keputusan bertanding dibuat secara tiba-tiba di mana timbulnya masalah untuk mengatur strategi kerana masa agak suntuk. Kedua, sikap ‘over extreme’ penyokong Datuk Mukhriz Mahathir.

Yang dikatakan ‘over extreme’ ini ialah lebih kepada sikap berlagak dan buat orang menyampah. Pengajaran ini sangat memberi kesan kepada Datuk Muhkriz dan seharusnya menjadi pengajaran kepada semua calon yang bertanding. Penyokong rapat memainkan peranan yang penting. Alhamdulillah, perkara ini sudah tak berlaku lagi.

Wujud juga masalah gejala ‘meminta-meminta’ dalam bentuk wang ringgit (rasuah). Impak tegas Datuk Mukhriz Mahathir sekali lagi memberikan ‘signal’ bahawa di dalam UMNO memang wujud manusia yang merosakkan bangsa. Dan manusia-manusia ini tidak akan menyesal untuk berbuat zalim dengan memilih duit sebagai cerminan nak undi perlu hulur. Dan masalah minta meminta ini selalunya wujud bukan perlu diasuh dan di ajar.

Keputusannya Datuk Mukhriz Mahathir kalah.

Setelah beliau kalah dalam pertandingan Ketua Pemuda Bahagian, Datuk Mukriz Mahathir telah mengisi borang percalonan untuk bertanding sebagai AJK Bahagian Kubang PAS. Dan nasib Datuk Mukhriz Mahathir agak baik di mana beliau berjaya sebagai AJK Bahagian.


Rata-rata ahli UMNO Kubang Pasu melihat bahawa Datuk Mukhriz Mahathir sebagai pelapis UMNO. Dan Kubang Pasu memberi sokongan kepada beliau secara kuat di mana selepas tahun beliau dipilih sebagai AJK Bahagian, Datuk Mukhriz Mahathir sentiasa mendapat tempat pertama sebagai G7. Undi tertinggi!


TAHUN 2004

Pada tahun ini, Datuk Mukhriz Mahathir sekali lagi menempa nama dan mengukuhkan kedudukan beliau di dalam UMNO setelah mendapat percalonan tertinggi EXCO Pemuda UMNO Pusat. Juga di tempat pertama dengan undian tertinggi. Tetapi di peringkat cawangan, jawatan beliau tetap sama iaitu Naib Ketua Cawangan dan AJK Bahagian Kubang Pasu.

TAHUN 2007


UMNO khususnya telah dikejutkan dengan kegagalan negarawannya Tun Mahathir mendapat percalonan sebagai perwakilan Bahagian ke Perhimpunan Agung tahun tersebut. Perkara yang cukup menyedihkan di mana UMNO terikat dengan kesetiaan kepada Pemimpin dan dalam masa yang sama UMNO lemah. UMNO dilihat lebih rela membalas budi dan jasa negarawan dengan cara memalukan dari mendengar perkara-perkara betul yang merosakkan UMNO dan BN ketika itu.


Kita mungkin lupa bahawa pemimpin sentiasa melihat tentang masa depan negaranya. Dan pada masa itu yang berani hanya di bawah. Dan yang berani adalah mereka yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan. Kita lupa bahawa memimpin bukan jalan percuma kita untuk mendapat publisiti, kuasa dan nama tetapi satu tanggungjawab yang cukup berat dari Allah SWT kepada manusia. Tetapi hakikat cerita duka UMNO tetap akan berlaku walau macam mana pun kita cuba menghalangnya.

Berbalik kepada peristiwa yang cukup mendukacitakan ini, Datuk Mukhriz Mahathir turut menerima impak. Dalam G7 kali ini, beliau mendapat tempat ke 5.

Pada pandangan peribadi Datuk Mukhriz untuk peristiwa ini ialah, beliau kecewa dengan perwakilan UMNO yang sanggup mengenepikan prinsip yang melibatkan seorang negarawan peringkat dunia dimalukan.


TAHUN 2008


Perjalanan politik Datuk Mukhriz ini pada kaca mata penulis adalah perjuangan seorang anak jantan. Antara peristiwa ayahnya dimalukan dan pada masa yang sama kecintaannya pada UMNO yang cukup banyak nilainya kepada agama, bangsa dan negara. Datuk Mukhriz Mahathir terus mara. Desakan dari peringkat bawahan dan kehendak akar umbi, Datuk Mukhriz Mahathir dinamakan mewakili BN dalam PRU ke 12. Kawasannya bukan di Kubang Pasu tetapi jiran bahagian tersebut iaitu Jerlun.

Datuk Mukhriz Mahathir memenangi kerusi Parlimen di Jerlun.

Warna warni politik UMNO terus tercorak dengan anak muda ini. Datuk Mukhriz Mahathir antara yang paling berani bersuara. Dan yang paling dilihat degil. Tetapi dikira degil yang bertempat. Beliau juga yang lantang bersuara untuk kebaikan UMNO dan menuntut peralihan kuasa segera dilakukan kerana kedudukan UMNO pada waktu itu benar-benar di hujung tanduk. UMNO seperti termanggu-manggu. Seperti anak kecil yang memegang payung di dalam hujan lebat menanti ayahnya datang menjemput pulang. Dan anak kecil itu keseorangan.

Pada tahun ini juga menyaksikan pertandingan yang sangat sengit untuk jawatan Ketua Pemuda Pusat. Persaingan 3 penjuru antara Datuk Mukhriz Mahathir Mohammad, Datuk Khir Toyo dan Khairy Jamaluddin.

Datuk Mukhriz Mahathir mendapat percalonan terbanyak tetapi di akhir keputusan, Datuk Mukhriz kalah di tempat tercorot.

Gema, laungan dan jeritan yang cukup menggambarkan perasaan sebahagian besar pemerhati dan ahli Pemuda seluruh negara.

Gema yang menyalurkan frekuansi yang cukup dramatik dan masih kedengaran sehingga ke hari ini. Dan terletak kepada kita sejauh mana kita berhadapan dengan gema tesebut.

 

Datuk Mukhriz Mahathir kalah lagi.


TAHUN 2009

Peralihan kuasa telah berlaku. Datuk Najib telah mengumumkan barisan kabinetnya sebaik sahaja dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia. Datuk Muhkriz dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.


TAHUN 2011

Atas desakan akar umbi dan sebagai satu strategi memenangi hati anak muda kembali kepada UMNO, Datuk Muhkriz telah dilantik sebagi Naib Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah bergandingan dengan Datuk Bashah selaku Pengerusi UMNO Negeri.


TAHUN 2013

Kedah kembali kepada BN. Datuk Mukhriz Mahathir yang bertanding di Dun Ayer Hitam, Jerlun telah diangkat menjadi Menteri Besar Kedah. Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah.

Pada tarikh 23/6/2013, secara rasminya Datuk Mukhriz telah menyerahkan borang penukaran cawangan dari Cawangan Jitra ke Cawangan Pida 3 Tunjang.


Beliau telah dipilih sebagai Ketua Cawangan Pida 3, seterusnya bertanding untuk Ketua Bahagian Jerlun. Atas permuafakatan yang erat, Datuk Mukhriz tidak dicabar sekaligus mernjawat Ketua Bahagian Jerlun Kedah.

Dan kini, dari seorang anak muda yang begitu berani berdiri atas prinsip dan diri sendiri ini semakin berani untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar. Tiada campurtangan dari Tun Mahathir sebagai mantan Perdana Menteri dan juga Mantan Presiden UMNO tetapi restu Tun Mahathir sebagai bapa kepada anaknnya sentiasa bersama Datuk Mukhriz. Aura Tun Mahathir hebat tetapi kehebatan itu telah sedaya upaya disekat oleh Tun dengan tidak memberi apa-apa keistimewaan kepada keluarganya sendiri.

Doa, semangat serta sokongan Tun Mahathir adalah sama seperti mana-mana bapa kepada anaknya tetapi bukan dengan cara terlibat secara langsung.

Datuk Mukhriz Mahathir akan terus mengorak langkah di dalam parti UMNO sebagai dirinya sendiri.

Berani Berubah yang dibawa oleh Datuk Mukhriz Mahathir adalah suara generasi dan ahli-ahli yang melihat UMNO perlu berubah untuk terus kekal sebagai parti yang bernilai senilai jasanya.


UMNO perlu bersih. UMNO perlu berani dan UMNO perlu bergerak bersama masa dengan menjunjung tinggi agama, mempertahankan bangsa dan mendaulatkan negara.

Berani Berubah bersama Datuk Mukhriz Mahathir.

(penulis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Norsaid Yusuf di atas kerjasama menceritakan kembali sejarah Datuk Mukhriz Mahathir menurut pemerhatian beliau sebagai Ketua Cawangan Jitra. Di sini juga, penulis sertakan gambar dan mesej dari Datuk Mukhriz bagi menyakinkan mereka bahawa ikatan UMNO itu cukup kuat di bawah satu parti. )

Selamat bertanding Datuk..


Nukilan terbaik dari Kedah Times

8 ulasan:

  1. HIDUP DATUK MUKHRIZ!!

    -ipohmarley-

    BalasPadam
  2. Aku bangga dgn pemimpin aku ...dan aku yakin dengannya...hidup datuk mukriz

    BalasPadam
  3. fakta salah ni....

    BalasPadam
  4. nor said oiiii.....tok sah dok auta,fakta ni salah

    BalasPadam
  5. saya dpt tahu dari pemimpin2 umno bahagian kubang pasu encik norsaid tak pernah terlibat secara langsung dalam kemasukan mukhriz sebagai ahli umno di kubang pasu dan penglibatan beliau dalam politik.encik norsaid hanya menjadi ketua cawangan umno selepas MM menjadi ahli dan melibatkan diri dalam politik di kubang pasu.fakta yang diberikan tidak tepat,jelas encik norsaid hanya mendengar cerita,CARILAH JALAN LAIN UNTUK PROMOSI DIRI DAN MENARIK PERHATIAN MENTERI BESAR KEDAH.

    BalasPadam
  6. Norsaid,
    Kenapa perlu auta??? Saya org Kbg Pasu...Pergerakan Pemuda Umno Kbg Pasu...MM tidak pun berbincang dgn Norsaid utk bertanding jwtn KP Bhg masa tu...jgn tipu lah Norsaid...x malu ka? Nak popular x payah auta laa...

    BalasPadam

  7. aku bangga menjadi anak kedah. tak payah lah masing-masing nak bertelagah apa yang pasti orang islam kita yang menjadi pemimpin. bukan orang kafir.sama-samalah berfikir.

    BalasPadam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!