Pages

Selasa, 26 November 2013

HOT! Mahfuz Mengamuk di Parlimen Sebab Kalah Naib Presiden?



Ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar ‘naik angin’ di Dewan Rakyat petang Isnin apabila kisah kegagalannya bertanding jawatan Naib Presiden PAS serta tindakan parti itu melakukan undian semula jawatan bagi itu dibangkitkan ahli Parlimen Tanjung Karang Datuk Seri Noh Omar.

Sebelum itu, ahli Parlimen Lenggong Datuk Shamsul Anuar Nasarah mencelah Mahfuz yang sedang berbahas isu kebajikan tentera dengan menyindir mengatakan, Mahfuz patut menang jawatan Naib Presiden berdasarkan kehebatannya berbahas di Dewan Rakyat.

Shamsul Anuar berkata PAS silap kerana tidak memilih Mahfuz sebagai Naib Presiden menyebabkan Pesuruhjaya PAS Kedah itu naik angin dan semakin ‘garang’ berbahas.

Noh yang bangun mencelah kemudian bertanya kenapa Mahfuz ‘dok marah sangat pasal apa?”.

“Saya dengar cakap Pokok Sena ada benarnya..tetapi pelik orang PAS tak terima (pilihnya)..ni dok cakap pengurusan negara, pengurusan kewangan, pengurusan tanah yang PAS dok urus pilihan parti pun tak betul pasal apa?…sebab pilih urusan parti tak betul Yang Berhormat kalah…(saya) ingat kalau kira kali ke empat, Yang Berhormat boleh menang,” kata Noh.

Sindiran Noh menyebabkan Mahfuz semakin berang dan menuduh SPR bodoh dan pekak badak kerana tidak dengar macam-macam komplen pasal pilihan raya.

Ikuti gelagat Mahfuz dalam rakaman di bawah yang antara lain kata sanggup lompat naik atas meja jika menang jawatan Naib Presiden.

Peliknya pada sesi pagi, Mahfuz berdiam apabila ada beberapa ahli parlimen Barisan Nasional mengusik beliauMahfuz pasal kekalahannya.-bnbbc.my

3 ulasan:

  1. MAMPUS NI CRETE KEBAJIKAN TENTERA TAPI TIAN CHUAK LANGGAR TENTERA MATI PASAL APA TAK BELA
    MAMPUHH NI CRETA PASALKRONI - KRONI DAP TERJUN MATI DKT PEJ SPR TU BUKAN KO KERJO KRONI ???
    PASIR SELNGOR APA MAMPUHH TAK KRONI BERGUNI2 PASIR PKR DAP PAS TIBAI ,,,BNYK LAGI - PROJEK BALAK DI KELANTAN TAK KRONI , DULU HJ HADI JADI MB TRANGANUK BAGI BLAK TAK KE KRONOK ??? MAHPUHHH GI AMBIL SPR , TU JIKO TAKDO POKOK SENA KAMU NAK JADI MP POKOK PETAIII ,,,, I LOUNCH WITH SITI THIS AFTERNOON

    BalasPadam
  2. baik2 sikit mahfuz..nanti datuk k launch buku lima dia, habis terbang hang punya lunch...he he

    BalasPadam
  3. tu la.. kata lagi kt org,kutuk lagi org...la ni dah sendiri kena..agak2 lmahfuz nak nyanyi lagu apa pula lepas ni..? ha ha

    BalasPadam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!