KERJA parti PAS menyalahkan orang lain dan juga memperlekehkan sesetengah pihak memang sudah menjadi budaya dalam darah ahli dan pemimpin mereka agaknya?
Asal semuanya yang berlaku biarpun disebabkan kelalaian atau angkara ahli parti itu sendiri pasti BN dan UMNO yang mereka akan persalahkan.
Biasanya kalau selalu persalahkan orang lain biarpun sebenarnya salah sendiri, Allah akan balas biasanya di dunia ini pun.
Itulah yang terjadi pada pemilihan PAS hari ini dalam Muktamar Pas yang berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam hari ini.
“MALU – PAS perlekeh SPR kendali PRU libat jutaan orang, malu besar selepas 1,129 orang perwakilan kena undi balik AJK PAS Pusat sebab silap kertas undi.
“Proses mengundi pemilihan Timbalan dan Naib Presiden PAS bagaimanapun diteruskan, penangguhan itu hanya libat jawatan AJK PAS Pusat,” menurut tweet Agenda Daily.
Itulah.. cakap orang pandai sangat kan diri sendiri dah kena. PAS dengan DAP sama sahaja, tak pandai uruskan pemilihan walaupun perwakilan tak sampai 5,000 orang.
UMNO uruskan pemilihan libatkan 450,000 orang. Cool jer…
Ini laporan HARAKAH DAILY mengenai penangguhan berkenaan yang tidak menyebut langsung punca penangguhan itu.
Proses pembuangan undi bagi pemilihan kepimpinan PAS sesi 2013-2015 bermula jam 4.00 petang tadi selepas sesi taklimat ringkas oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Asmuni Awi.
Bagaimanapun pengundian petang ini hanya bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden PAS.
Sementara bagi pemilihan 12 Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang sepatutnya diadakan petang ini ditangguhkan esok bermula jam 8.15 pagi.
Pengundian dijalankan secara berperingkat-peringkat bermula dengan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Tetap, Ahli Majlis Syura, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Petang ini, perwakilan dewan-dewan dari Negeri Selangor, Melaka dan Perlis membuang undi pada jam 4.30 petang.
Perwakilan Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang dan Pahang pada jam 5.30 petang.
Perwakilan Perak, Kelantan, Terengganu pada jam 6.00 petang manakala perwakilan Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan pada jam 6.30 petang.
Menurut Asmuni juga, keputusan penuh akan diumumkan selewat-lewatnya petang esok.
Bagi jawatan timbalan, ketua dan naib presiden, pengiraannya akan dibuat malam ini namun akan diumumkan bersekali dengan keputusan pemilihan ahli jawatankuasa.
Seramai 1,129 perwakilan membuang undi. – mynewshub.my
Tu la,PAS ni tak sedar yg taik dok atas batang hidung sendiri.pi mn2 pun dok kata org lain busuk...depa ni tak sedaq n tak nampak taik atas idung depa.busuk...busukk..
BalasPadamPAS memang pandai mengata orang lain sebab PAS memang sejak dari penubuhannya kerjanya mencari salah orang dan sembunyikan kesalahan sendiri. Kita dah nampak DAP ada penipuan, PKR memang sejak dari dulu dah ada penipuan, kini PAS dituduh oleh ahlinya sendiri mencurigakan. huhuhu....UMNO kalau boleh perbaiki perangai dan pengurusan memang rakyat akan kembali menyokong UMNO. Tapi UMNO pun ada masalahnya yang tak mahu berubah.
BalasPadamDua akhir zaman. Lembu di pdg dok pakat pakat nak jd org, kita dok pikiaq mcmana nak jd lembu. Jd lembu baguih, org naik belakang takpa, org jolok blkg takpa, makan hak org takpa, semua takpa. Yg paling baguih kena tibai lagi takpa, lps tu mai SEROMDOAI semula.
Padam