Pages

Sabtu, 30 November 2013

INFO! Komen Abang Ustaz Kazim Tentang perlantikan Adiknya Ke MT UMNO!

IPOH – “Secara peribadi saya tidak bersetuju beliau terlibat secara keseluruhan dalam parti,” luah Kapten (B) Datuk Mohd Najmuddin Elias berhubung pelantikan adiknya, Mohammad Kazim  sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Mohd Najmuddin berkata, sebagai ahli keluarga, beliau melihat situasi pelantikan itu hanya akan menguntungkan sebelah pihak berbanding tugas pendakwah bebas yang boleh menyebar ilmu kepada kerajaan mahupun pembangkang.

Menurutnya, sekiranya benar perdana menteri mahu menempatkan Ustaz Kazim dalam kerajaan, satu jawatan yang lebih sesuai boleh diberikan agar tugas sebagai pendakwah masih boleh dijalankan tanpa perlu ada ‘double standard’.

Beliau turut tidak menolak kemungkinan, penerimaan jawatan itu kelak akan mengganggu perjalanan Pusat Pendidikan Al-Barakah yang selama ini di bawah tanggungjawab Ustaz Kazim.

“Buat masa ini, saya tidak mendapat penjelasan dari mana-mana pihak mengenai perkara ini. Saya juga tidak tahu di sebalik perlantikan tersebut.

“Sebagai abang saya tidak bersetuju, kecuali perdana menteri menyediakan satu jawatan yang lebih sesuai agar dia boleh terus berdakwah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Beliau yang juga Pegawai Khas Hal Ehwal Islam Menteri Besar memaklumkan akan mengadakan satu sidang media khas bersama seorang lagi adiknya yang juga Adun Kubu Gajah, Ahmad Hasbullah setelah mendapat penjelasan daripada Ibu Pejabat Umno mengenai pelantikan itu.

Mengulas mengenai keahlian Pas, Mohd Najmuddin tidak menafikan Ustaz Kazim pernah menjadi ahli parti itu 15 tahun lepas, bagaimanapun sudah mengisytiharkan diri keluar parti.

“Setahu saya memang (Ustaz) Kazim pernah jadi ahli Pas, tapi dah lama keluar dan sejak itu dia jadi pendakwah bebas,” katanya.

1 ulasan:

  1. Amboi Abg sndiri pun cemburu dengki jugak ka tk ditawar jawatan MT UMNO? Kalau dh tk join dlm MT UMNO mcm mana nk pengaruhi dakwah dan dasar yg berkesan? Setakat bg jawatan khas nampak sgt Najimudin ni gila duit.. berlambak2 skrg jawatan Ust Makan DUIT dlm Krjn.. kesan tk tera mana.

    Sikit2 nk jawatan khas.. inilah masalah Ustaz2 Elit cm Najimuddin ni.. nk special place.. habih tu duk kutuk UMNO dr luaq.. bila suruh masuk dlm berdolak dalih

    Aku ckup tk respect dgn Ust2 pndai ckp tp bila bg tgjwb lari sana sini.. yg tau nk buat duit dgn buka mulut (ceramah).

    Plg hina dh munafik Ust2 PAS.. dh la masjid sebutir pun mau buat..tp kerja nk peruntuh institusi masjid dan pecah belah saja yg depa pandai!! Nik Najis tu bapak Munapik besar-Morsidol Munapik Malaysia!

    BalasPadam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!