Pages
▼
Sabtu, 2 November 2013
INFO! Kopiah Pun Jadi Isu Ke? #PrkSgLImau
Semalam,wartawan Harakah mengkritik Calon BN bagi DUN Sungai Limau, Ahmad Sohaimi memakai kopiah putih kononnya meniru cara pemakaian orang PAS yang sinonim dengan cara berkenaan. Laporan berkenaan jelas menunjukkan bahawa hanya ahli PAS dan calon PAS sahaja yang layak memakai kopiah putih memandangkan mereka adalah bertaraf ulamak.
PAS juga mempersoalkan tindakan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang memakai kopiah putih ketika menunaikan solat di beberapa buah masjid sekitar Sungai Limau baru-baru ini.
Kritikan dan pertikaian ini menampakkan sikap kurang ilmu pengarang Harakahdaily. Jika pengarang tersebut biasa dengan kehidupan masyarakat kampung di Kedah, pemakaian kopiah putih melangkaui batas politik. Adalah biasa orang UMNO dan pemimpin UMNO memakai kopiah putih dalam majlis-majlis masyarakat di kampung.
Pemimpin UMNO seprti Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Datuk Othman Abdul (Ahli Parlimen Pendang), malah Tun Dr Mahathir Mohamad turut memakai kopiah putih dalam program-program di kawasannnya ketika menjadi Ahli Parlimen Kubang Pasu. Cuma pemimpin UMNO tidak memakai kopiah putih untuk menjual imej agama yang dicipta dan dirangka oleh Pas sejak dahulu.
Malah Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak juga sekali sekala memakai kopiah putih mengikut keperluan majlis. Anehnya pengarang Harakahdaily ini bukan sahaja bebal malah malas melakukan penyelidikan.
Di dalam Islam, tidak pernah ada hadis atau suruhan yang menyatakan orang-orang PAS atau pemimpin PAS sahaja yang boleh memakai kopiah putih. Malah, di dalam Al-Quran juga tidak termaktub seperti peraturan PAS ini.
Nampaknya, PAS mewujudkan satu lagi fahaman di mana kopiah putih hanya layak dipakai oleh orang PAS sahaja. Dan, UMNO dan BN, sepertinya hanya boleh memakai songkok sahaja.
Apa-apa pun, kopiah putih tidak melambangkan keperibadian mulia dan keimanan yang tinggi dalam diri seseorang itu hingga layak diangkat tinggi martabatnya yang membezakan dengan orang Islam lain yang tidak berkopiah atau hanya bersongkok. Itu yang PAS perlu tahu.
Untuk pengarang Harakahdaily, berhentilah menjadi budak-budak cybertroopers, jagalah martabat seorang pengarang.-Di petik dari Mykmu.net
Fikirkan ibubapa dan kampung halaman ketika mengundi?
BalasPadamSeperti yg kita dok perhatikan selama ini, pengundi2 dari luar negeri spt di Kelantan tetap akan mengundi PAS. Mereka di luar negeri hidup senang lenang dgn keadaan jalan yg cantik, bekalan air yg bersih dan peluang pekerjaan yg baik. Mereka tidak pedulikan ibubapa yg menderita di kampung halaman yg terpaksa melalui kehidupan yg perit dan minum air 'teh susu' setiap hari. Mereka seolah2 mahu ibubapa dan orang di kampung halaman terus hidup merempat supaya mereka dari luar shj yg ada kereta besar dan boleh menunjuk2 di kampung sendiri. Itulah sebab mereka di setiap pilihanraya akan balik untuk mengundi PAS dan memujuk ahli keluarga juga utk berbuat demikian.
Inilah perangai orang Melayu yg berhasad dengki sesama Melayu sendiri dan menjaga kepentingan diri sendiri shj.
Perkara yg sama juga akan berlaku di Sg Limau. PAS akan terus berkuasa utk menjaga kepentingan segelintir manusia yg kejam ini!