Keputusan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa untuk tidak bertanding jawatan Timbalan Presiden benar-benar memeranjatkan semua pihak. Ini kerana pengunduran tersebut bakal menyaksikan pertembungan 2 penjuru antara kumpulanLiberal dan Ulama parti itu.
Namun keputusan Husam itu, mungkin disebabkan ingin mengelakkan undi kumpulan Liberal berpecah, sekali gus menyebabkan kumpulan ulama kembali menguasai parti. Sebagai contoh ketika pemilihan parti pada Muktamar Pas yang ke-55, penyertaan Husam untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden telah menyebabkan Nasaruddin Mat Isa berjaya menduduki jawatan no-2 itu.
Muktamar yang diadakan pada tahun 2009 itu menyaksikan Ustaz Nasha (Ulama) mendapat 480 undi, Husam (Liberal) 281 undi dan Mat Sabu (Liberal) 261 undi.
Seterusnya pemilihan parti ketika Muktamar Pas ke-57, Mat Sabu berjaya merampas jawatan Timbalan Presiden, apabila menewaskan Ustaz Nasha (penyandang) dan Tuan Ibrahim Tuan Mat. Pertembungan 3 penjuru itu telah menyebabkan kumpulan Liberal berjaya menguasai parti.
Muktamar yang diadakan pada tahun 2011 itu, menyaksikan Mat Sabu (Liberal) mendapat 420 undi, manakala Ustaz Nasha (Ulama) hanya berjaya mendapat 224 undi dan diikuti dengan Tuan Ibrahim (Ulama) dengan 399 undi.
Sekiranya trend 2 pemilihan sebelum ini diambil kira, ia sudah cukup membuktikan, pertembungan 3 penjuru hanya akan menyebabkan perpecahan undi di kalangan perwakilan. Menyedari akan hakikat itu, ulama Pas dilihat mula belajar dari sejarah apabila hanya meletakkan satu calon sahaja bagi mewakili kumpulan tersebut.
Sumber dalaman parti itu sebelum ini juga mengatakan ramai di kalangan ahli Pas dikatakan tidak beberapa senang dengan kehadiran kumpulan Liberal yang pro Anwar ini yang turut dilabelkan dengan pelbagai gelaran seperti Anwarinas dan Endorgan. Malah kegagalan beberapa pemimpin Liberal pada pilihan raya umum yang lalu juga dikatakan sebagai petanda penolakan ahli parti itu secara senyap.
Contohnya kekalahan Mat Sabu di parlimen Pendang, Salahuddin Ayub di parlimen Pulai dan DUN Nusajaya, Dzulkefly Ahmad di parlimen Kuala Selangor dan Husam Musa di parlimen Putrajaya.
Dengan rekod tewas dalam 2 pilihan raya umum berturut-turut iaitu pada 2008 di kerusi Kuala Terangganu dan PRU-13 di parlimen Pendang, Mat Sabu dilihat bakal berdepan dengan laluan yang sukar untuk mempertahankan jawatan Timbalan Presiden. Itu belum lagi diambil kira dengan pendirian Mat Sabu yang cuba mempertahankan komunis sehingga menyebabkan Pas menerima pelbagai cemuhan dan kritikan.
Malah pendedahan beberapa orang ahli parti itu yang mengaitkan Mat Sabu dengan ajaran sesat Syiah, juga dikatakan sebagai gerakan dari kumpulan Ulama untuk membersihkan Pas yang dilihat semakin menyimpang. Atas alasan itu, peranan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden juga berjaya dikurangkan dan hanya digunakan sebagai penceramah parti bagi menarik hadiran.
Namun begitu, dalam banyak-banyak ‘dosa’ yang dilakukan oleh Mat Sabu, penglibatan dan hubungan akrabnya dengan pemimpin DAP dikatakan sebagai punca utama gerakan untuk menyingkirkannya. Dia dikatakan sering menjadi jurucakap dan pembela parti ultra kiasu itu bagi menekan Pas dalam pelbagai perkara.
Paling memeranjatkan apabila DAP melantiknya sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Air Pulau Pinang. Walaupun ada yang mendakwa ia sebagai satu penghormatan kepada Pas, namun ramai yang menyifatkan ‘pemberian’ jawatan itu sebagai asas untuk mengatakan Mat Sabu adalah proksi DAP di dalam Pas.
Kesimpulannya keputusan pilihan raya umum, PRK Kuala Besut dan baru-baru ini di Sungai Limau telah menyaksikan penolakan ahli dan penyokong parti itu sehingga menyebabkan Pas mula sedar dan insaf. Tahaluf Siyasi yang diadakan dengan DAP dan pengaruh Anwar di dalam Pas telah menyebabkan parti yang kononnya memperjuangkan Islam itu semakin di tinggalkan.
Oleh yang demikian, jalan terbaik untuk menarik kembali sokongan ahli dan penyokong mereka, Pas perlu menjalankan satu gerakan pembersihan dengan menyingkirkan semua proksi DAP dan pengaruh Anwar bagi memastikan parti itu terus relevan.
Ust Ahmad Amar, lebih dipercayai utk membawa perjuangan haraki umat Islam dr bang Mad. Kemenangan bg Mukmin bukanlan menang di dunia walaupun ia turut diperjuangkan, tp yg lebih penting adalah agar Allah swt mengampuni, merahmati dan meredhai kita.
BalasPadamTakbir,,,,MAT SABU memang suka membantu sampai nak tarik orang luar bukan PAS sampai kat pekan HATYAI pada 28 OKT 2013.
BalasPadamSalam Bro,
BalasPadamtolong linkkan blog aku. Selamat berjuang. Terima kasih.
http://salatusalatin.blogspot.com/
Najib boneka mca. ling leong sik dpt RM21b.
BalasPadammelayu umno bodoh tak nampak mca perBABIkan umno.
low class umno. buta dan bodoh dulu kini dan selamnya diperbodohkan oleh mca,
hidup melayu. sedarlah umno
anon diatas tu..
BalasPadamsbl ko tu lagi bodo dan buta kayu...
bodo nak mampos...
anon 7.55, ko meroyan marah ye.. Mat sabu yg ckp : LEBIH BAIK MAKAN BABI BERSAMA DAP DRPD BERSAMA UMNO..
BalasPadamPAS pelacor Agama.. DAP punya pasal Tuhan pun korang jual.. bape billion dpt??
Mat Sabu ni manusia jijik kotor otak low class tp mcm mana blh jd org tertinggi PAS..???
BalasPadamitu lah tnya level otak pencacai PAS.. otak bodoh bebal dan semberono mcm Mat Sabu.. last2 jd anjing DAP.. dpt habuan seribu dua sebulan dh jd pelacor murah bg DAP..
malu weii..
Bab agama mat Sabo ni xde 'bersemangt' mana.. tp klu bab merusuh.. berdemo mmg tiba2 nafsu setannya dtg.. bernafsu besar mcm tu jg mase dgn betina..
BalasPadamSyiah dlm Mat Sabu ibarat 'perumah' virus Aqidah yg sedang bersarang dlm PAS.
Pencacai PAS lebih sibuk soal wang negara dan UMNO brbnding kapal mereka yg akan hancur dgn kesesatan Aqidah.
Mujahahid Rawa, Khalid Al-gereja, antara firgure2 pluralism dan penyokong kebebasa baru, termasuk pndng Syiah dan Kristian bkn ancaman.. ancaman mereka ialah UMNO shj..
itu lah PAS.. parti kotor mcm Mat sabu punya perangai..