Ini bukan candi yang roboh, tapi keadaan asal candi yang dijumpai. |
Semalam Mc dan TMK turun melawat kawasan 'candi-candi' peninggalan sejarah Kedah Tua. Sebab terdapat khabar angin yang mengatakan semua candi di Lembah Bujang telah dimusnahkan.
Betul ke semua candi?
Bagi orang luar yang tak pernah datang ke Lembah Bujang untuk melihat candi atau lebih sempurna dipanggil 'Kota Purba' sudah tentu termakan dengan dakwaan yang mengatakan 'semua candi di Lembah Bujang telah dimusnahkan oleh Kerajaan negeri'.
Kerajaan negeri mana yang nak musnahkan semua candi tu? Apa motif Kerajaan negeri nak musnahkan candi yang sememangnya bersejarah? Betul ke semua candi di Lembah Bujang telah dimusnahkan? Tidak kah kita tahu bahawa candi sememangnya dijaga oleh Jabatan Warisan dibawah Jabatan Perdana Menteri.
Soalan diatas akan Mc jawab satu per satu, sebab soalan-soalan itulah yang sering dilontarkan kepada kami bila orang luar bertanyakan soal candi ni.
Cerita Kerajaan negeri nak musnahkan semua candi tu mengarut, mana ada arahan atau tindakan Kerajaan negeri nak musnahkan candi. Hanya pemaju syarikat cinabeng Saujana yang 'tak sengaja' merosakkan candi 11. Dengan alasan kononnya mereka tak tahu.
Semua ini disebabkan candi 11 tersebut terletak di kawasan yang agak jauh dari candi-candi yang lain. Malah ianya terletak di kawasan persendirian. Maknanya atas tanah orang, bukan hak milik kerajaan. Malah semasa kerja pembersihan tapak dijalankan, pihak pemaju tidak maklumkan dulu pada pihak muzium.
Lepas seminggu barulah pihak muzium sedar dan mengambil tindakan. Cuma isu ini menjadi panas kerana disedari oleh puak Pkr dan Dap betapa mereka berpeluang untuk politikan isu ini. Malah mereka berniat jahat dan cuba mempolitikan isu candi dengan isu kaum dan agama.
Mereka India Pkr dan Dap yang kononnya 'alim ya amat' tu menangis dan berguling-guling di tapak candi yang dirosakkan, kononnya kerajaan negeri Kedah bertanggung jawab untuk merosakkan kuil lama bersejarah mereka.
Sedangkan semua tindakan yang mereka lakukan, hanyalah wayang politik malah india yang menangis berguling-guling tempohari juga sudah tiada, malah tapak candi yang dikatakan 'kuil lama' mereka juga terbiar sepi. Hanya garisan kuning polis yang tinggal dan kesan robohan candi 11.
Selepas melawat tapak candi 11, kami beransur ke tapak candi yang lain pula. Tapak candi 23 yang terletak di Kampung Candi Lembah Bujang. Disini ada 3 candi yang dijaga dan diselia oleh Jabatan Warisan dan muziam arkeologi Lembah Bujang.
Siap berbumbung lagi.. |
Di jaga baik |
Di bina mengikut susun asal |
Ini keadaan asal candi ditemui.. sebelum dibina semula. |
Ternyata candi yang terletak di Kampung Candi Lembah Bujang masih dijaga dengan baik.
Kemudian kami beransur ke kawasan candi yang masih dibawah seliaan USM. Kawasan ini hanya di tepi jalan dan kajian masih dijalankan atas tapak arkeologi, cuma kali ini kami tidak dibenarkan masuk untuk mengambil gambar.
Jadi kami hanya dapat mengambil gambar dari luar tapak.
Terdapat lebih 20 tapak arkeologi yang sedang dijalankan oleh pihak USM. Itu yang Mc nampak. Sebab kami pun tak dibenarkan masuk, jadi kami buat tinjauan kasar saja la.
Tujuan Mc membuat posting ini ialah untuk menafikan tuduhan bahawa, semua candi di Lembah Bujang telah dimusnahkan. Masih banyak candi dan kota purba yang dijaga dan diselia dengan baik. Hanya candi di tapak 11, disebabkan terletak ditanah persendirian, jadi pihak berkuasa mempunyai masalah untuk menyelia dan menjaga tapak tersebut.
Harapan Mc, pihak berkuasa bina semula candi tersebut ditempat yang berdekatan dan senang diselia. Mana tahu takut-takut, kejadian yang sama berulang kembali.
Soo pada peminat sejarah, jangan risau pasal candi ni, sebab ada banyak lagi candi yang boleh anda lawat.
Saranan Mc pada peminat sejarah yang ingin mengetahui lebih dalam mengenai candi, kota lama dan sejarah tamadun Kedah tua, boleh ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang, untuk mendapat informasi yang tepat.
Disitu kita dapat lihat keterangan penuh mengenai senarai candi, apa kegunaannya, siapa bina, bila dan segala persoalan akan didapat dijawab. Kalau tak faham juga, ada pegawai yang bertugas, tanyalah soalan yang berkaitan. Cuma kalau ada yang kata nak beli bawak balik candi tu, rasanya tak boleh kot. he he..
Cerita ni tak habis disini, cuma next posting Mc akan sentuh sikit mengenai sejarah candi dan kota purba yang terdapat di Lembah Bujang.
McTheory:
Fuhh.. kadang-kadang layan juga sejarah ni..
Salam admin page
BalasPadamtahniah. satu2 nye blogger yg menyingkap kebenaran candi ini. bole la saya forwardkan kpd mereka2 yg taksub dgn pr ni, yg telah memanipulasikan kejadian ini..betula spt jangkaan saya. candi ni elok shj. xde ape pon yg terlibat malah usm pon ade juga kajian kes di sini... wallahualam
blogger cacai ameno mmg bahalol sama mcm mamak mukhriz juga
BalasPadammc bila nak cite bab letrik naik?
BalasPadamPak din
Blogger anjing PAS pencacai DAPig mcm mana? Kalimah Allah pun gadai.. agak2 anak bini nik ajis pon kasi free je kot klu LGE mintak nk tido semalam?/
BalasPadamTolong sikit! Candi-candi Lembah Bujang sama sekali bukan candi hindu maupun buddha okey!!! Semuanya itu adalah kesan runtuhan rumah-rumah ibadat agama Ajaran Ibrahim-agama yang mengESAkan Maha Pencipta, bukan menyembah patung dan berhala. Kerajaan awal penganut Ajaran Ibrahim di seluruh Nusaserantau dulunya dikenali sebagai KERAJAAN MALAI-UR sempena nama asal kerajaan Nabi Ibrahim AS. Kerajaan yang berdiri dicelah-celah kepesatan kerajaan hindu dan buddha. Orang-orang India dan Cina di waktu itu cuma berdagang dengan kerajaan tersebut okey!!! Tulisan rasmi kerajaan Ajaran Ibrahim atau Brahma/min/hamana adalah tulisan Pallava yang mempunyai pengaruh tulisan Hebrew dan bukan tulisan hindu maupun buddha. Jangan sekali-kali benarkan kaum India dan Cina klaim sebagai candi, berhala dan kuil meraka. Di situ terdapat pusat seakan-akan penyembahan sembelihan...sebenarnya itu adalah pusat sembelihan korban yang diamalkan oleh Ajaran Ibrahim sempena gantian korban Ismail. Hindu mana ada acara sembelihan lembu, kan ke lembu tu tuhan mereka!!!
BalasPadamAJARAN IBRAHIM berkembang menerusi 6 putera baginda bersama Kethura dan saudara terdekat mereka Raja Agung Iskandar Zulkanaen. Berpusat di Selatan India dan Campa, seterusnya menjadi kerajaan besar Daratan dan Miritim di bawah penerus generasi BRAHMA Sriwijaya, Darmasaraya, Sanjaya dll. Kerajaan MALAI-UR AJARAN IBRAHIM atau BRAHMA menamakan bangsa MALA yang menerima AJARAN IBRAHIM sebagai BANGSA MALAIYUR. Tolong semua umat MELAYU fahamkan bahawa umat MELAYU dulunya bukan beragama hindu maupun buddha. Mana-mana bangsa Mala yang menerima hindu diwaktu itu di bawah kerajaan hindu mereka dipanggil dengan berbagai panggilan, antaranya Minanga, Kalinga, Karincai, Mandailing, Rao, Batak, dsb. Mana-mana yang menerima buddha pula dikenali sebagai Joyoworo, Mattharam, Cowo, Mada, Maja dsb. Kerajaan Malai-ur akhirnya dikenali sebagai KERAJAAN MELAYU= BRAHMA, seperti KERAJAAN MELAYU LANGKASUKA, GANGGA NAGARA, RATTAMRITTIKA, TANAMERA, WIJAYAMALA, SRIWIJAYA dsb. Kerajaan yang menuturkan bahasa campuran Hebrew, Sanskrit dan Austronesia. Contrary to popular belief...Bangsa Melayu adalah penganut Ajaran Ibrahim asalnya sebelum menerima Ajaran Muhammad...bukan beragama hindu maupun buddha. Apa saja penemuan arkeologi di Lembah Bujang dll tapak arkeologi yang berunsur hindu dan buddha itu adalah hadiah yang dihadiahkan pada kerajaan Melayu Brahma di waktu itu.
BalasPadamTulisan Melayu akhirnya ditukar pada tulisan rencong di zaman Sanjaya dan mempekenalkan KONSEPSI SANJAYA yang menaungkan MELAYU BRAHMA di bawah 1 NUSA. NUSANTARA panggilan bagi Sumatera dan pulau-pulau di sekitarnya, NUSAKAMBANGAN kini Pulau Jawa, NUSA ANTARA kini Sulawesi dan Kalimantan, NUSA TANGGARA kini Ambon, Meluku, Florest dll, NUSA KANCANA kini Malaysia dan NUSA RANTANG kini Selatan Siam, Selatan Filipina, Funan, Kambodia dan Campa. Menuturkan 1 bahasa dan membudayakan 1 budaya MELAYU=BRAHMA.
BalasPadamsalam..ana stuju dgn pnjlasan tuan hmba ...x smua pnemuan di kedah tua @ lmbah bujang tu mlik hndu @ budha smua...kalian smua buka lah minda skit jgn jd pemalas nk brfkir!jka nk jd pgkaji sejarah nk hrap untung sj,lbh baek trnak ternak lembu,kmbing dll.rjin2 lah kaji sma nskah2 melayu islam spt Undang2 Kedah dll.jgn asyik menyembah sarjana barat sj..nti d gelar "murtad sejarah" pla..sptutnya smua pgkaji sjrah n arkeologi shati sejiwa dlm perjuangan mncari realiti bngsa..tkbir allahkbar 3x!!!!
BalasPadam