Pages
▼
Selasa, 17 Disember 2013
HOT! Apa yang Riuh Rendah Lagi Ni Ustaz Kazim?
Meskipun sudah menyatakan pendirian menolak pelantikan sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Mohammad Kazim Elias atau dikenali Ustaz Kazim, keputusan itu terus mencetuskan pelbagai reaksi.
Ada yang menyatakan sokongan, namun tidak kurang daripada mereka memberi persepsi negatif hingga menimbulkan rasa kurang senang kepada pendakwah berkenaan.
Dalam satu kenyataan di akaun Facebook milik Ustaz Kazim, kelmarin beliau menyatakan luahan hati apabila masih terdapat segelintir individu mempersoalkan pelantikan dan keputusan yang dibuat.
“Apa perkataan yg (yang) paling sesuai pd (pada) puak2 (puak-puak) yg (yang) x (tak) faham2 (faham-faham), ingatkan bila tak terima jawatan MT dah selesai, rupanya tak habis lg (lagi),” katanya.
Petikan dalam akaun yang didaftar atas nama Ustaz Mohd Kazim Elias itu turut memaklumkan ada yang menyatakan beliau menerima pelantikan MT, sedangkan pengumuman penolakan itu sidah dibuat, awal Disember lalu.
“Ada yang agak bodoh dok kata sy (saya) terima MT, tak habis2 (habis-habis) fitnah umpat dan keji,” katanya.
“Tolak pun salah, terima pun salah…tak masuk politik pun salah..diam pun salah..jawab pun salah,” katanya.
Sebelum ini, Ustaz Kazim membuat keputusan untuk menolak pelantikan berkenaan dengan menggariskan tiga faktor utama, salah satunya bagi menjaga nama baik Umno dari terus difitnah.
Biarpun keputusan yang dibuat itu muktamad, beliau yang juga Pengetua Pusat Pendidikan Al-Barakah tetap terbuka untuk memberikan idea dan cadangan yang membina kepada Perdana Menteri terhadap agenda transformasi agama di dalam Umno.
Sepatunya ..ustaz masuk jerr umno dan terima perlantikan tersebut !!
BalasPadamDia pun tk yakin dan takut dgn cabaran. Klu betul jiwa besar utk ubah pemerintah kpd Islam.. masuk UMNO.. tarik banyak2 Ilmuan Islam yg betul (bkn yg korok sesat ngok mcm ostad PAS haramjadah)..
BalasPadamThen dakwah segenap pelusuk jentera UMNO.. bukan tukar UMNO jd PAS tp DAKWAH UMNO supaya lebih kenal Islam.. maka dr situ kelembutan Agama akan serap masuk kpd semua pemimpin UMNO.. then nk buat apa2 pasal Islam akan jd mudah!
Insya Allah!
tp syg dia pun penakut.. belum hantar pegi perang dah mengalah.. susah nk cr Ulamak yg benar dan berani.. baru kena caci dan menikus takut.. Nabi kena ancam bunuh.. setekat maki caci ni biasa shj.. Nabi berperang, pertaruh NYAWA.. ini skt duk ckp dlm Youtube bergegar2 tp penakut rupanya..
wallahualam..
Problem sekarang, mentaliti pemikiran rakyat blogger facebooker di.malasia, masih di.tahap 3, tak bertamadun. Dan masih terperangkap dalam pemikiran jahiliah. So nk wat camne...
BalasPadamUst Kazem dia buat keputusan 'krn manusia'.. dia takut org ckp itu ckp ini. Jd mana pendirian beliau sbg Daei? Jika beliau rasa platform PAS itu terbaik.. joinlah PAS..jika rasa PAS teruk UMNO ok sikit join je lah.. kalau rasa tknk terlibat politik pun itu pendirian juga. Tp skrg ni ayat2 Ust Kazem semua krn takut org ckp/kutuk dia.. smpai kiamat pun takkan manusia pengutuk tetap ada.. biasalah yg penting APA PENDIRIAN beliau..
BalasPadamsampai bila dia nk takutkan ckp org.. lemah xde pendirian.. baik jage je lah ank bini dr nak berdakwah.. jika nk berdakwah jiwa kena sekental Umar Al-Khatab, nk berperang segagah Khalid Al-Walid.. ini tidak sikit2 nk sandar takut org itu kata org ini kata.. BOSAN!
aku dengar kerajaan umno jemput dia dlm kedah berselawat bulan feb
BalasPadamaku yakin org pas tak pi....
Kena jadi macam ustaz fathul bari....
BalasPadam