Ini merupakan petikan suara rakyat, yang dikumpulkan oleh Agendadaily. Kebanyakkan mereka adalah mahasiswa. Inilah pandangan mereka terhadap penghimpunan malam tahun baru yang akan diadakan esok oleh pembangkang.
Rata-rata mereka berharap perhimpunan haram mengguling kerajaan sebagai membantah peningkatan kos sara hidup, tidak dihadiri oleh rakan-rakan mahasiswa lain.
Mereka melihat sebarang gangguan dalam bentuk perhimpunan haram bukan sahaja boleh menjejas perancangan sambutan ambang tahun baharu malah mengancam keselamatan dan ketenteraman awam, suatu perkara yang amat dihargai serta dipelihara oleh rakyat Malaysia selama ini.
Juga kerana sekarang ini di kebanyakkan kampus merupakan musim peperiksaan. Dengarlah suara mereka...
Jangan label semua mahasiswa pembangkang
Saya yakin hanya sebilangan kecil sahaja telah termakan dengan momokan kelompok-kelompok penghasut ideologi meggulingkan kerajaan. Umum tahu mahasiswa boleh bersuara secara ilmiah dan bijaksana melalui saluran yang betul, bukan di jalanan. Minda perlu dibuka dalam menyatakan pendapat dimana kerajaan Malaysia hari ini telah memberikan ruang buat mahasiswa bersuara. Terdapat cara lain yang lebih produktif dan aman untuk menyampaikan mesej dan tuntutan, berbanding melakukan demonstrasi di jalan raya yang dapat mengancam keamanan, ketenangan masyarakat dan negara. Gunakan ilmu yang ada, bukan emosi dalam menyuarakan tuntutan dan pandangan. Buktikan bahawa mahasiswa merupakan aset kepada negara dan punya nilai yang tersendiri. Berkenaan dengan tindakan kurang bijak berdemonstrasi, ia secara tidak langsung melambangkan betapa rapuhnya jatidiri mahasiswa amnya. Saya kira mahasiswa hari ini lebih bijak dalam membezakan antara kaca dan permata. Dari satu sudut yang lain, pihak kerajaan juga harus mengambil kira pandangan para mahasiswa. Jangan sesekali mudah melabelkan mahasiswa yang mengkritik kerajaan sebagai pembangkang. Mereka berhak bersuara namun mereka harus gunakan hak berfikir sebelum bersuara. - Khaidir Baharuddin - Ahli Jawatankuasa Biro IPT Pemuda UMNO Malaysia
Lihat apa jadi negara yang kerjanya berdemonstrasi
Sudah jelas dinyatakan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal bahawa tiada permohononan yang dilakukan kepada DBKL untuk menganjurkan perhimpunan pada 31 Disember 2013 di Dataran Merdeka. Bagi saya, mahasiswa yang ingin menghadiri atau menyertai perhimpunan haram ini dikategorikan sebagai seorang mahasiswa yang tidak matang pemikirannya. Mereka perlu tahu untuk meletakkan kepentingan sebagai seorang mahasiswa. Lebih-lebih lagi sepanjang minggu peperiksaan yang sedang berlangsung ini. Saya berharap siswa-siswi di setiap IPT tidak terpengaruh dengan ideologi yang ingin diterapkan oleh golongan ini. Buktikan kepada rakyat Malaysia bahawa Mahasiswa bukan golongan yang boleh dibonekakan tetapi penentu masa depan negara dengan bijak, bukan di jalanan. Jadikan negara luar yang setiap hari berhadapan dengan demonstrasi sebagai sempadan, negara mereka sehingga hari ini tidak aman. Bersyukurlah jadi rakyat Malaysia - Mohamad Hazriq Md Akhair - Universiti Malaysia Perlis
Sambung baca kat SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.
Harap Maaf dan Harap Maklum!