Pages

Jumaat, 13 Disember 2013

INFO! Kerajaan Kedah Nak Hadiah RM50 Ribu? #HanyaDiKedah



ALOR SETAR - Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menawarkan hadiah bernilai RM50,000 kepada pembayar cukai pintu bermula 1 Jan hingga 28 Feb tahun depan.

Datuk Bandar Datuk Mat Noh Ahmad berkata hadiah utama sebuah kereta Proton Saga menanti pembayar cukai bertuah selain 61 hadiah lain seperti barangan elektrik.

Beliau berkata pemilik rumah dan premis perniagaan dengan tunggakan cukai pintu tidak layak menyertai cabutan bertuah itu, yang akan dibuat pada Mac tahun depan.

Hadiah itu adalah inisiatif MBAS bagi menggalakkan lebih 80,000 pemilik rumah dan premis perniagaan yang gagal menjelaskan cukai tertunggak lebih RM23 juta sejak lebih 10 tahun lepas, katanya.

Mat Noh juga berkata orang ramai yang melunaskan tunggakan cukai pada minggu pertama bulan Januari layak menyertai cabutan bertuah itu.

Beliau berkata mereka boleh membuat semakan dan mengemas kini maklumat seperti alamat dan nombor telefon bagi memudahkan urusan dengan MBAS kelak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!