Pages
▼
Isnin, 16 Disember 2013
INFO! Lelaki Cacat Jadi Taukeh Ketum di Kedah! Dasatt..
Changlun – Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) yang mengalami masalah pertuturan kerana sumbing dan sengau mampu mengaut keuntungan mencecah sehingga RM6,000 sebulan dengan hanya menjalankan perniagaan menjual air ketum yang dilakukannya seorang diri.
Dalam serbuan jam 11.55 pagi semalam, lelaki OKU berusia 28 tahun itu melakukan kegiatan berkenaan di rumah pusaka peninggalan neneknya di Kampung Changkat Setol, di sini, yang dipercayai dijadikan ‘port’ merebus air ketum.
Lelaki terbabit memasak daun rebusan ketum itu dua kali sehari berikutan mendapat permintaan tinggi daripada pelanggannya.
Bagaimanapun, kegiatannya itu terbongkar apabila dia ditahan polis bersama empat lelaki berusia antara 20 hingga 45 tahun dipercayai pelanggannya.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Ibrahim Mohd Yusoff berkata, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu membuat serbuan di rumah berkenaan berdasarkan maklumat orang awam berhubung kegiatan penjualan air ketum di situ.
Beliau berkata, setibanya di rumah itu, pemilik rumah itu dikatakan baru selesai membungkus air ketum manakala empat lelaki berada dalam rumah itu dipercayai pelanggannya.
“Kami menahan suspek bersama empat lelaki itu dan merampas semua ketum untuk dibawa ke IPD Kubang Pasu,” katanya.
Ibrahim berkata, hasil ujian saringan air kencing terhadap mereka mendapati hanya seorang daripada mereka yang berusia 20 tahun itu positif dadah.
“Tiga daripada mereka dibebaskan selepas bebas dari pengambilan dadah manakala suspek disyaki penagih dadah dan OKU itu ditahan,” katanya.
McTheory:
Nak tulis pasal politik pun dah malas.. buh cerita-cerita lain saja la naa..
Salam Admin, penggunaan OKU kepada OKT saya cadangkan tidak berapa sesuai. kerana cacat=kekurangan fizikal yang tidak dapat dirawat. sumbing dapat di rawat. saya berkata demikian kerana anak saya juga sumbing, tetapi tidak berstatus OKU. maaf sekiranya menegur Admin.
BalasPadam