Pages
▼
Isnin, 2 Disember 2013
INFO! #MahasiswaNasional Berjaya Atau Tidak? @RazaliIbrahim @TunFaisal
Berjaya atau tidak?
KUALA LUMPUR - Buat julung kalinya, wakil mahasiswa dibenarkan berucap pada perhimpunan sayap Pemuda dan Puteri UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO 2013 (PAU2013) tahun ini.
Menurut Ketua Biro Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Datuk Razali Ibrahim, ini merupakan satu tanda bahawa UMNO mengambil langkah yang tepat dalam mengambil kira pandangan generasi muda.
"Mereka yang diberi peluang berucap berpeluang untuk menyalurkan kesemua usul hasil perbincangan sesama mereka hari ini," ujar Razali sejurus merasmikan penangguhan Perhimpunan Mahasiswa Nasional (Pemanas) 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Untuk rekod, sebelum ini wakil mahasiswa hanya dibenarkan untuk berucap pada perhimpunan agung UMNO sahaja.
Pemanas kali ini menyaksikan para mahasiswa dari IPT dalam dan luar negara menghasilkan 36 usul berkenaan politik (10), pendidikan (7), agama (9) dan ekonomi (10), untuk dibentangkan di hadapan para perwakilan UMNO. - UTUSAN ONLINE
Sebenarnya semua ini Datuk Razali Ibrahim sebagai Pengerusi Biro IPT UMNO Malaysia antara individu yang bertanggungjawab mencetuskan idea program Persidangan Mahasiswa Nasional yang telah pun bermula sejak tahun lepas, sempena Perhimpunan Agung UMNO.
Program ini bertujuan untuk mencungkil bakat di kalangan mahasiswa untuk menjadi jurucakap bagi membawa suara golongan intelektual muda Malaysia di pentas tertinggi parti keramat UMNO.
Tahniah diucapkan kepada Datuk Razali Ibrahim dan golongan mahasiswa khususnya, kerana bagi Mc program ni berjaya. Tahniah!
McTheory:
Program ini juga menyerapkan kumpulan profesional ke dalam parti keramat UMNO..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.
Harap Maaf dan Harap Maklum!