Dalam banyak-banyak ucapan Presiden UMNO.. Mc lebih tertarik pada ucapan beliau yang ni.
PENGISIAN TRANSFORMASI UMNO YANG KEEMPAT:
MEMPERSIAGA JENTERA TRANSFORMATIF
Adalah menjadi lumrah dalam setiap organisasi yang berjaya, di belakangnya wujud jentera yang dikemudi oleh ahli yang penuh dedikasi, komited dan kental dalam membawa aspirasi dan obor perjuangan. Jika kuat jenteranya, maka gagahlah organisasi tersebut, jika lemah maka tidak bermayalah parti.
Misalnya, dalam peperangan, jentera umpama bala tentera yang akan mempertahankan kubu dan bertanggungjawab menyerang pihak lawan serta merintis jalan ke hadapan.
Dalam hal ini, UMNO harus sedar bahawa dunia maya atau internet adalah neutral. Barang siapa yang berupaya mengisi dan menguasai ruang-ruang baru itu maka merekalah yang akan berjaya.
Kita perlu berwaspada bahawa, penggunaan teknologi terkini menjadi saluran utama dalam penyebaran maklumat dan pengetahuan. Mutakhir ini, smart phone atau telefon pintar menjadi instrumen yang mempengaruhi minda dan nilai terutamanya generasi muda. Malah saya percaya, telefon pintar inilah akan menjadi instrumen paling besar dalam penentuan kalah menang pilihanraya yang akan datang. Oleh yang demikian, kita tidak boleh ketinggalan dan membiarkan pembangkang berwenang-wenang. UMNO mesti menjuarai teknologi maklumat.
Saya dimaklumkan, pengguna facebook di Malaysia sahaja mencecah 14 juta akaun. Manakala pengguna telefon bimbit pula mencecah 146 peratus daripada bilangan penduduk Malaysia pada tahun 2013.
Justeru, jentera transformatif UMNO hendaklah menguasai medium baru ini bagi menyampaikan risalah-risalah UMNO, mempertahankan dasar-dasar parti dan kerajaan, serta melawan segala tuduhan, nista yang pembangkang lemparkan. Suka atau tidak, kita tidak boleh, tidak menjadi pelaku utama kepada teknologi ini. Ingatlah, hakikatnya dalam dunia politik, selalunya persepsi lebih penting daripada realiti. Mahu tidak mahu, kita harus menanganinya.
McTheory:
Presiden UMNO menjerit-jerit untuk tegaskan betapa pentingnya media baru. Tetapi masih ada pemimpin UMNO yang bengap tak reti bahasa, buat bodoh saja tentang saranan ni. Kita tanya pada diri sendiri, apakah Presiden UMNO ni syok sendiri? Atau sememangnya kebanyakan pemimpin UMNO ni bebal?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.
Harap Maaf dan Harap Maklum!