Pages

Selasa, 28 Januari 2014

INFO! Amaran KERAS Kepada Pengusaha Pasir! - YB Exco Kedah



Macam ni la contoh Exco yang orang Kedah nak. Berani untuk menjaga hak rakyat Kedah.

Baca apa terjadi semalam,

Semalam ADUN Kuala Nerang merangkap EXCO Kerajaan Negeri Kedah YB Haji Badrol Hisham telah turun meninjau lokasi Sungai Sari, Padang Sanai yang tercemar akibat aktiviti perlombongan pasir berlesen namun gagal menepati piawaian dan prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar dan Lembaga Sumber Air Kedah.

Di dapati memang air sungai di Sungai Sari, Padang Sanai telah tercemar dan berkeladak teruk. YB Haji Badrol Hisham bersama Pengarah Lembaga Sumber Air Kedah Tuan Haji Fadhil, Pegawai Jabatan Alam Sekitar Kedah,Pegawai Pejabat Daerah Padang Terap, AJK Pemuda UMNO Padang Terap, Pegawai Khas Pejabat ADUN Kuala Nerang, Penghulu Badrol serta beberapa orang kampung turut meninjau ke kuari pasir tersebut.

YB Haji Badrol Hisham menegaskan bahawa pihak kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha kuari tersebut. Notis dua minggu telah dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Padang Terap kepada pengusaha kuari pasir tersebut untuk menyelesaikan masalah yang menyebabkan air Sungai Sari tercemar. Sekiranya pengusaha kuari pasir tersebut gagal menepati syarat yang ditetapkan dalam masa dua minggu ini, tindakan tegas akan di ambil. Malah YB Haji Badrol Hisham juga turut memberi amaran kepada pengusaha-pengusaha kuari pasir di negeri Kedah agar sentiasa mematuhi syarat dan prosedur yg ditetapkan. Pemantauan terhadap kuari-kuari pasir akan lebih kerap dilakukan bagi memastikan mereka tidak melanggar syarat yang ditetapkan.

McTheory:
Syabas Abang Sham.. jangan takut, buat yang terbaik untuk rakyat Kedah..

5 ulasan:

  1. ...Jgn taukeh tu, 'SUAP' pejabat tanah bawah meja sudahla...kakitangan pun ramai yg mulut lapaq jgk... Tu smpai exco kena turun hangpa kt pej tanah sblm ni MAKAN GAJI BUTA ka??

    BalasPadam
  2. kisah orang pejabat makan duit tu perkara biasa...nak hidup sedang sanggup gadai maruah dan agama..

    BalasPadam
  3. Lagi satu SPRM kena rajin pi jengok2 lah pejabat Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).. yg depan mata ni pun taukeh2 cina mai hantaq berkotak2 limau.. yg bawah meja tktau apa benda yg depa dapat..

    BalasPadam
  4. Terima Kasih atas maklumat.. kalau ada apa yang nak didedahkan boleh terus email Mc di Mctheory@yahoo.com

    BalasPadam
  5. Mc, trylah pi buat2 urusan di MBAS tingkat 8-bahagian kawalan pembangunan.. nk tau tahap mana kerja puak2 MBAS ni.. tahap mana melahap depa.. muka sekoq mcm ulaq.. klu yg mai tu Melayu kg. layan mcm pengemis.. klu ygmai tu tuakeh2 Cina.. paham2lah.. ini lah racun2 dlm pentadbiran..

    jgn heran sbb apa boleh lulus itu ini tuk projek2 Cina tp bkn main payah jika org2 Melayu Kg pi.. ada staf pompuan dlm tu yg juga 'terkenal'.. klu dgn org Melayu garang mcm singa..tp klu kotak buah limau sampai.. wah bukan main senyum dia.. dia ni tukang advice boss hal2 kelulusan MBAS..

    carilah.. bukan susah..

    BalasPadam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!