Pages
▼
Sabtu, 22 Februari 2014
HOT! Salahkah Bila Ada Melayu yang Kaya?
Artikel yang baik Mc ambil dari House Pk,
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Mokhzani kerana telah berjaya menyertai senarai 10 individu terkaya di Malaysia oleh majalah Malaysian Business. Seperti biasa, beberapa orang Melayu dari parti pembangkang menyerang kejayaan beliau sebab Datuk merupakan anak kepada Tun Dr Mahathir iaitu bekas Perdana Menteri Malaysia. Jika orang bukan Melayu menyerang Datuk saya tidak berapa marah, tetapi kes sekarang ini Melayu sendiri menyerang saudara seagama dan sebangsa kerana beliau telah berjaya, dan yang lebih menyedihkan adalah beberapa fakta yang dilontarkan oleh Melayu pembangkang ini SALAH. Saya akan huraikan satu demi satu.
Sebelum itu sedikit sejarah berkenaan SapuraKencana. Datuk Mokhzani mendapat ijazah Bachelor of Science in Petroleum Engineering di University of Tulsa, Oklahoma, U.S.A. Jadi melalui latar belakang pendidikan, sudah jelas beliau mahir dalam bidang petroleum. Beliau menubuhkan sebuah syarikat pelaburan bernama Kencana Capital Sdn Bhd yang berniaga dalam bidang Oil and Gas service provider,IT,automotif dan hartanah. Subsidiarinya syarikat Kencana Petroleum bergabung dengan syarikat SapuraCrest pada tahun 2012 menghasilkan SapuraKencana iaitu sebuah syarikat Oil and Gas Service Provider terbesar negara.
Pertama sekali beberapa Melayu pembangkang melontar hujahan bahawa Datuk Mokhzani menjadi kaya kerana ayahnya bekas Perdana Menteri. Tetapi beliau bermula kerja sebagai ‘wellsite operations engineer’ di Sarawak Shell Berhad. Saya tidak pasti jika Tun mempunyai pengaruh yang kuat sehingga boleh manipulasi sebuah syarikat petroleum mlik Britain dan Belanda untuk melantik anaknya, kalau benar hujahan tersebut maka memang hebat Tun. Sehubung dengan itu ‘wellsite operation engineer’ adalah kerja yang sukar kerana beliau terpaksa bekerja di tengah-tengah lautan, saya pasti kalau benar hujahan pihak pembangkang, Tun akan terus lantik anaknya ke dalam kerja pejabat yang lebih selesa.
Kedua, Melayu pembangkang menyatakan bahawa perniagaan Datuk Mokhzani mencuri minyak negara. Ini tidak benar, kerana syarikat SapuraKencana bukan sebuah syarikat minyak, tetapi ia adalah sebuah syarikat kejuruteraan petroleum yang membantu syarikat minyak dalam segala urusan daripada menggali minyak hingga ke pemasangan paip minyak :
" providing end-to-end solutions and services to the upstream petroleum industry, and covers activities such as installation of offshore pipelines and structures, fabrication of offshore structures, accommodation and support vessels, drilling vessels, hook-up and commissioning, topside maintenance services, underwater services, offshore geotechnical and geophysical services, project management, diving services, offshore support services, infrastructure and specialised steel fabrication works." (official website)
Tiada penjelasan berkenaan penjualan minyak,jadi setitik petroleum negara pun Datuk Mokhzani tidak ambil.
Ketiga, pihak pembangkang menyatakan bahawa Datuk Mokhzani tidak boleh berjaya tanpa pertolongan Tun dan kerajaan Malaysia. Ini juga tidak benar kerana di website syarikat SapuraKencana, ia berkata bahawa syarikat itu bergerak aktif di negara China,Australia,Timur Tengah,America dan Brazil. Mustahil kerajaan dapat manipulasi keputusan syarikat-syarikat petroleum di negara luar untuk memberi kontrak kepada SapuraKencana,melainkan semua negara ini dikawal oleh DS Najib dan Tun.
Dengan penjelasan ini, saya berharap pihak pembangkang tidak mempertikaikan kekayaan Datuk Mokhzani. Lebih-lebih lagi kejayaan syarikat beliau akan mengharumkan nama negara dan juga menambah pendapatan negara, syarikat beliau membayar cukai RM165juta kepada kerajaan Malaysia pada 2013 yang disalurkan kepada pembinaan infrastruktur awam demi rakyat. Berapa cukai yang Anwar bayar kepada kerajaan setiap tahun? Jadi apabila syarikat beliau menambah keuntungan, ia akan memberi kesan positif kepada rakyat Malaysia melalui cukai dan juga kepada umat Islam melalui zakat. Saya berbangga seorang bumiputera boleh menubuhkan sebuah syarikat yang berjaya bukan sahaja di Malaysia,malah di negara asing. Semoga Datuk terus mendapat kejayaan dalam masa akan datang. -AR-
Komen:
Salah ka bila ada melayu yang kaya? Dalam 40 orang terkaya di Malaysia. Melayu number berapa? Ada berapa orang? Cina kaya puak Pakatan tak kata apa pun, tapi bila melayu kaya, depa bising serupa dunia dah nak kiamat!
McTheory:
Jenis pencacai Pakatan cakap tak pakai otak!
Yang salah ialah ramai orang Melayu tak percaya bahawa ada orang Melayu yang sanggup bekerja keras dan bijak mengendali urusan wang dan perniagaan dan berjaya dalam hidup! Orang Melayu terutama yang tidak berpendidikan tinggi berpendapat bahawa kekayaan dunia bukan untuk orang Muslim. Yang sedihnya ramai pula graduan hari ini ditimpa perasaann bahawa scroll atau ijazah mereka mamestikan mereka hidup senang sekelip mata! sedangkan mereka lupa pesanan nabi terhadap kerjaya yang mampu bawa pulangan baik! Yang salah ialah ramai orang Melayu yang menjadi ahli politik juga mahu jadi jutawan dan hartawan! sedangkan mereka tahu membina harta dengan memanipulasi amanah orang lain adalah dosa besar! Yang pentingnya ialah sudah sampai masa minda orang Melayu keluar dari kepompong kerja senang sahaja tetapi mahu cepat hidup bergaya, itulah yang salah! Yang betulnya ramaikan orang Melayu Muslim menjadi kaya, hartawan dan dermawan melalui sokongan kuasa jual beli dikalangan ummah! Yang betunyal ialah sentiasa memberi tunjuk ajar secara jujur untuk membina kejayaan dalam perniagaan!, yang betulnya, ialah menyokong usaha anak bangsa dan tidak sekali-kali memamndang rendah apa jua usaha perniagaan asalkan halal disisi Allah. Carilah punca dan rahsia sebenar kejayaan dari usahawan Melayu yang kaya dan berjaya, supaya kita dapat membina jati diri dan membentuk kerjaya luar dari biasa! InsyaAllah!!
BalasPadamHarta mukhzani mukhris dapat mai mana ooiii? Hasil bapak rompak duit rakyat lah.
PadamKena lah berkerja dari bawah naik atas, bukan pakai pengaruh bapa dapat kontrak
BalasPadamBagus lah bertambah lagi anak melayu tersenarai dlm 10 yg terkaya di malaysia, kalau harap kat hang dan puak2 pembangkang yg lain, toksah kata nak kaya, silap2 hak mana ada hilang semua gara2 hasad dengki.
BalasPadamMelayu busuk perut Robert kuok kaya xdak sapa persoal pun. melayu kaya bukan ambik duit hangpa pun. dia bayar zakat berapa banyak. hangpa? duit zakat rakyat buat biaya anak masuk u, lg la buat manfaat. hangpa tok sah dok dgr ckp babi DAP bleh x?
BalasPadamTu la perangai orang Melayu, semua ada PHD
BalasPadamPuak-puak PAS dan PKR tak habis dok perleceh melayu sendiri, cina buat apa pun sanggup jadi barua, ada yang sanggup jadi bodyguard, buta perut punya manusia.
BalasPadam