Jangan risau, air di Kedah cukup untuk tampung 3 tahun lagi.
KUALA NERANG - Kedah tidak menghadapi krisis air yang kritikal kerana tiga empangan di negeri ini mempunyai kapasiti lebih 1,000 juta meter padu air dan cukup untuk menampung kegunaan domestik dan pertanian.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Badrul Hisham Hashim berkata tiga empangan di Padang Terap iaitu Empangan Pedu mempunyai air sebanyak 773 juta meter padu atau 72 peratus.
Beliau berkata Empangan Ahning pula mencatatkan jumlah takungan air sebanyak 163 juta meter padu atau 67.43 peratus, manakala Empangan Muda pula mencatatkan 74 juta meter padu air.
Katanya jumlah air di tiga empangan itu mencukupi untuk menampung kegunaan domestik dalam tempoh tiga tahun.
"Kapasiti air yang ada di tiga empangan itu juga dapat disalurkan ke sawah padi untuk satu musim penanaman padi yang akan bermula akhir Mac ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Empangan Pedu dekat sini hari ini.
Badrol Hisham berkata rakyat di negeri ini juga tidak perlu bimbang mengenai krisis air pada musim cuaca kering ini kerana sumber air yang ada dapat digunakan dalam tempoh tiga tahun walaupun keadaan ini berterusan.
Beliau berkata, setiap bulan sebanyak 1 juta meter padu air diagihkan untuk kegunaan rakyat negeri ini untuk tujuan pengairan pertanian dan kegunaan domestik. - Bernama
Jangan cakap besaq...nanti tuhan turun bala baru tau..wa doakan biar kering kemarau...biaq mampos semua orang omno. Hehehe
BalasPadamTu bukan cakap besaq tapi fakta..kita patut berdoa semoga umat Islam di kurniakan keberkatan hidup bukan minta tuhan turun bala...itu adalah permintaan orang yang cetek ugama..kalau kemarau bukan saja orang UMNO mampos..orang lain pun terlibat sama
BalasPadam