Pages
▼
Khamis, 13 Mac 2014
HOT! Apakah Benar Pesawat #MH370 Disembunyikan? #PrayForH370
Jangan ambil mudah kehadiran 20 pakar perang elektronik yang berada dalam pesawat malang MH370 itu. 20 pakar itu, memang pakar dalam "electronic warfare". Kemampuan mengganggu sistem komunikasi pesawat adalah satu kepakaran mereka.
MH370: Teori Electronic Warfare: Pesawat Ada Harapan Selamat.
20 penumpang pesawat malang MH370 merupakan jurutera semiconductor sebuah syarikat yang berpengalaman di Texas, Amerika Syarikat. Penumpang tersebut terdiri daripada 12 daripada Malaysia dan 8 daripada China. Setiap penumpang itu mempunyai kepakaran dalam teknologi elektronik pertahanan.
Kepakaran mereka termasuk "cloaking" iaitu kaedah merosakan sistem navigasi pesawat, di mana juruterbang merasakan melalui laluan yang betul, akan sebenarnya laluan sudah dilencongkan.Mereka juga mempunyai kepakaran "jamming" signal pesawat sehingga boleh hilang daripada dikesan radar, tanpa mengaktifkan sistem keselamatan pesawat.
Kemungkinan yang berlaku pada MH370, bahawa berlakunya "cloaked" terhadap pesawat itu, sehingga mengubah arah. Kemudian berlaku "jamming" sehingga hilang daripada radar awam dan tentera. Kepakaran mereka diakui sendiri oleh seorang pegawai Global Communications- Mr Mitch Haw. Menurut sumber, Freescale sedang menyediakan radio frequency power kepada aero angkasa dan pertahanan Amerika.
Atas sebab itu, selama 5 hari dan kini memasuki hari ke-6 operasi udara, darat dan laut tidak mampu mengesan pesawat malang itu, atas sebab pesawat itu "disembunyikan" oleh sejenis elektronik yang boleh menangkis pengesan, samada daripada satelitte atau sistem pengesan pesawat. Sistem yang digunakan hampir serupa seperti mana digunakan pesawat pengebom Amerika Sealth.
Jika teori ini benar, maka kemungkinan besar pesawat dan penumpang masih selamat, dan telah mendarat pada suatu lokasi tertentu jangkauan pesawat itu, iaitu 2,000 miles radius. samada terus ke laluan sebenar atau sebaliknya.
Tujuan sebenar perang elektronik ini adalah memalukan sistem pertahanan negara, juga sistem pertahanan Amerika dan China. Inilah yang digambarkan oleh AYT pada tulisan sebelum ini, bahawa satu organisasi tertentu bakal muncul sebagai hero.
Operasi mencari dan menyelamat yang dilakukan oleh 42 kapal laut dan 39 pesawat dengan bantuan 10 satellite daripada China, selain bantuan pentagon dan NASA, yang meliputi 27 persegi batu nautika, 14 di lautan China Selatan dan 13 di Selat Melaka, seolah-olah pesawat mengalami kemalangan. Kebarangkalian pesawat mengalami kemalangan, agar tipis berlaku di laut, memandangkan kedalam lautan hanya 100-300 meter. Kalau terhempas di kawasan hutan dara, kemungkinan juga sukar dikesan, memandangkan di Malaysia tiada lagi hutan dara, maka jika pesawat malang itu terhempas di kawasan hutan, sudah lama dapat di kesan.
note: New electronic weapons allow jamming, blinding, deafening and more, so that a plane could possibly vanish from radar detection and security systems would not be activated. Basic radar Electronic Counter-Measure strategies used in electronic warfare (EW) are: 1) radar interference, 2) target modifications, and 3) changing electrical properties of air.- SUMBER
Satu lagi teori yang masuk akal.. hanya untuk pengetahuan bukan untuk percaya.
menyangkal pendapat itu krn mereka adalah jurutera assemble komponen elektronik... bukannya hardware designer or yang membina peralatan... freescale pun adalah syarikat subcon je untuk motorola... memberikan pendapat n teori boleh tp perlu bersandarkan kepada realiti dan setidak-tidaknya perlu ada pengetahuan asas... mereka pergi sana adalah untuk training.... kesian famili mereka atas tuduhan tersebut....
BalasPadammenyangkal pendapat itu krn mereka adalah jurutera assemble komponen elektronik... bukannya hardware designer or yang membina peralatan... freescale pun adalah syarikat subcon je untuk motorola... memberikan pendapat n teori boleh tp perlu bersandarkan kepada realiti dan setidak-tidaknya perlu ada pengetahuan asas... mereka pergi sana adalah untuk training.... kesian famili mereka atas tuduhan tersebut....
BalasPadam