Betul ke apa yang Anwar kata tu? |
Tak habis-habis Anwar menyerang Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainudin. Kali ni Anwar menuduh Tun Daim manusia paling korup dan paling rasuah semasa menjadi menteri kabinet.
Antara tuduhan Anwar terhadap Tun Daim ialah,
"Tun Daim menteri kewangan sebelum saya, manusia yang paling korup rasuah dalam sejarah Malaysia, saya ambil (jawatan menteri kewangan) selepas dia.Malah Anwar berpendapat pada amalan korupsi yang dilakukan Tun Daim wajar didedahkan untuk mengelakkan rakyat daripada terus diperbodohkan. Takpa kita layan dulu apa kata Anwar tu,
"Lepas jadi Menteri Mewangan (ada) puluh bilion ringgit. Bank di Afrika, bank di Eropah Timur untuk simpan duit dengan menggunakan proksi, " katanya.
"Kalau kamu buat 'open study' (kajian terbuka) boleh tahu macam mana dia punggah kekayaan negara ini," kata Anwar dalam ceramah di Taman Saga Emas di Kajang sempena perasmian bilik gerakan jentera Daerah Mengundi Bandar Kajang.
Sehinggalah dia mencabar Najib untuk bertanggung jawab atas semua tu.
"Jika Najib punya integriti, dia perlu bertanggung jawab dengan apa yang dilakukan dan apa yang dicuri oleh Tun Daim Zainuddin dan bagi balik kepada rakyat, " kata Anwar.Biasa la tuduh memang senang, mencabar pun senang. Tapi sebenarnya, Mc lebih suka kalau PM Najib dedahkan berapa banyak harta Malaysia yang telah Anwar SONGLAP!
"Kalau tidak bercakap, mereka ingat macam orang (rakyat Malaysia) tidak tahu, " katanya.
Hadir sama dalam program ceramah tersebut ialah ahli parlimen Kepong, Tan Seng Giaw, Adun Taman Templer, Tuan Zaidi Abdul Talib pimpinan KEADILAN Selangor.
Patutnya Anwar cabar untuk siasat dan buka balik file lama semasa dia jadi menteri dulu. Bukannya kita tak tahu, kisah duit RM500 dan RM1000. Berapa billion duit tu lesap ke luar negara.
Siapa yang susun kroni dan kayakan keluarga semasa jadi menteri kewangan dulu? Anwar taknak cabar PM Najib dedah dan kembalikan pada rakyat ke?
Kelakar la Anwar ni.. dok kutuk orang lain, tapi diri sendiri lagi teruk!
Tun Daim tu memang dah kaya.. bisnesman.. apa nak heran.. Tapi Anwar tidak, dari seorang yang miskin, papa kedana, tiba-tiba ada duit berkoyan-koyan. Tak pelik ka tu?
McTheory:
Kalau nak siasat Tun Daim, siasat sekali Anwar.. baru betul..
untuk menutup kesalahan diri..
BalasPadamkita mesti membuka dan fokus pada kesalahan orang lain...
Manusia sialan mcm nuar nie rasa dia aje lah yg bebas rasuah?? B*t*h la manusia mcm nie..sblm kau nk tuduh org lain kau cermin la muka kau dulu..mmg daim kaya raya semasa menteri tp kau tuh apa kurang nya..dh la duit rakyat kau songlap, bini, laki org pn ko balun jugak..
BalasPadam