Pages

Ahad, 2 Mac 2014

HOT! Kenyataan Rasmi Pemuda UMNO Kedah mengenai Rumah #PR1MA


Kenyataan Pemuda UMNO Kedah mengenai pemilikan rumah PRIMA Negeri Kedah

Pemuda UMNO Kedah menyambut baik dan menyanjung tinggi pembinaan 20,000 unit rumah PRIMA di negeri Kedah yg dilihat mampu menyelesaikan permasalahan pemilikan rumah dikalangan rakyat yg kurang berkemampuan. Namun begitu Pemuda UMNO Kedah melihat ada beberapa penambahbaikan yg perlu dilakukan demi memberi pulangan "leverage" politik kpd orang Melayu dan orang muda khasnya. Diantara cadangan2 yg ingin Pemuda UMNO ketengahkan adalah :

1) Pemuda UMNO Kedah ingin melahirkan kebimbangan thdp proses pinjaman dan pembiayaan utk pemilikan rumah PRIMA ini yg diuruskan oleh bank2 komersial yg dilihat akan mengenakan pelbagai sekatan dan prosedur kpd peminjam. Status pemohon kali pertama terutamanya orang2 muda yg ada rekod CCRIS dan CITOS akan menyukarkan proses kelulusan permohonan. Oleh yg demikian Pemuda UMNO ingin mencadangkan agar PRIMA sendiri mewujudkan sayap kewangannya sendiri bagi memudahkan proses kelulusan pinjaman khasnya utk pemohon orang muda.

2) Mewujudkan kuota kaum - Pemuda UMNO percaya PRIMA masih perlu mewujudkan kuota tetap bumiputera sebanyak 30% bagi mengimbangkan proses urbanisasi akibat pembinaan rumah PRIMA dikwsn tertentu. Pemuda UMNO bimbang sekiranya tiada kuota, akan berlakunya ketidakseimbangan geopolitik dibeberapa kwsn khasnya kawasan bandar dan pinggir bandar.

3) Mewujudkan kuota utk orang muda - Pemuda UMNO Kedah juga menggesa agar diwujudkan juga kuota 50% pemilikan utk orang muda, secara spesifiknya bagi pemohon dibawah 40 tahun. Ini adalah disebabkan ketidakupayaan orang muda memiliki rumah akibat kekangan kewangan diperingkat awal. Melalui kuota ini, Pemuda UMNO Kedah percaya ianya dapat menambah minat org muda utk memiliki rumah kali pertama dan pada masa yg sama menyelesaikan permasalahan pemilikan rumah dikalangan org muda.

4) Menambah bilangan rumah PRIMA dinegeri Kedah - Pemuda UMNO Kedah mengucapkan jutaan terima kasih kpd kerajaan kerana meluluskan 20,000 rumah PRIMA dinegeri Kedah, namun akibat keperluan mendesak rakyat dan keperluan semasa, Pemuda memohon bilangan ini ditambah ke 30,000 unit dan ianya perlu dipercepatkan dgn kadar seberapa segera mungkin. Penambahan ini dilihat akan memberi manafaat segera kepada rakyat Kedah, khasnya orang muda yg akan menjadi pengundi pada PRU14 kelak.

Dato Shaiful Hazizy Zainol Abidin
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah

1 ulasan:

  1. sangat setuju sebab kita ada kuasa mencipta terma terma yang menguntungkan rakyat biar rakyat yang untung sebab merekalah yang menjadikan kita berkuasa dan jangan jadikan skim sebagai kulit aje yang akhirnya pi pi mai tang tu juga.

    BalasPadam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!